Viral TERKINI!!! KKM bentang perkembangan COVID-19, bincang garis panduan aktiviti agama - KP Kesihatan. #COVID19 #RamadanMubarak #STUCKWITHU #malaysia #korbankasih #kitajagakita #adele #beritaviral

Viral TERKINI!!! KKM bentang perkembangan COVID-19, bincang garis panduan aktiviti agama - KP Kesihatan. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini membentangkan perkembangan COVID-19 di Malaysia dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam serta membincangkan garis panduan bagi pelaksanaan aktiviti keagamaan dalam negara. 

Viral TERKINI!!! KKM bentang perkembangan COVID-19, bincang garis panduan aktiviti agama - KP Kesihatan. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini membentangkan perkembangan COVID-19 di Malaysia dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam serta membincangkan garis panduan bagi pelaksanaan aktiviti keagamaan dalam negara.


Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, yang menghadiri sesi muzakarah itu hari ini, berkata penerangan jelas diberikan dan sebarang keputusan muzakarah itu akan dibentangkan dalam mesyuarat khas Majlis Raja-raja. 

"Saya telah membentangkan perkembangan COVID-19 di negara kita dari mula sampai kini dan juga jangkaan dalam tempoh dua sehingga empat minggu. 

"Kita (KKM) berharap kepada kebijaksanaan muzakarah tersebut untuk memberikan pandangan. Sebarang keputusan muzakarah tersebut akan dibentangkan pada Majlis Raja-raja," katanya dalam sidang media harian COVID-19 hari ini. 

Menjawab soalan mengenai nasihat KKM ketika sesi muzakarah itu, Dr Noor Hisham menjelaskan beliau menjawab kemusykilan serta persoalan perihal maklumat terkini COVID-19 kepada ahli jawatankuasa yang hadir.

Mengenai pembukaan semula taska dan sekolah swasta, Dr Noor Hisham berkata KKM sedang mempertimbang kaedah dan inovasi baharu dalam operasi taska. 

Katanya inovasi baharu perlu diperkenalkan sebelum KKM boleh memberi keputusan muktamad kepada permohonan daripada kilang untuk membuka taska bagi kemudahan pekerja mereka. 




“Melainkan kalau boleh hadkan pengurusan kanak-kanak tersebut secara ‘one-to-one’ atau di tempat yang khas, baru KKM boleh pertimbangkan pembukaan semula taska swasta. 

“Tapi kalau kumpul semua kanak-kanak di satu tempat itu menjadi satu perhimpunan dan kerisauan KKM. Kebolehjangkitan akan meningkat kalau kita menggunakan kaedah operasi taska lama,” katanya. 

Mendedahkan bahawa KKM telah menerima banyak permohonan untuk membuka semula taska, namun menurut Dr Noor Hisham, KKM belum membuat sebarang keputusan mengenainya bagi memastikan keselamatan kanak-kanak terjamin.

Mengulas mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Dr Noor Hisham mengulangi bahawa orang ramai perlu mengamalkan disiplin sosial yang tinggi, mematuhi penjarakan sosial, dan tanggungjawab sosial untuk memutuskan rantai penularan COVID-19 dalam masyarakat.

Beliau berharap orang ramai mematuhi prosedur operasi standard PKPB dan kesan perintah itu akan diketahui dalam beberapa minggu lagi.

“Kami memantau (PKPB) setiap hari untuk melihat sama ada kami dapat mencapai sasaran atau berjaya dari segi mengekalkan dan mengawal kes-kes itu.

“Apabila kita bercakap tentang ‘soft landing’, ia adalah rancangan strategi keluar. Ketika ini kita bukan sebenarnya berada dalam strategi keluar. Kita hanya memberi kelonggaran sekatan dalam PKP dengan mewujudkan PKPB,” katanya.

-- BERNAMA

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers