Viral TERKINI!!! PKPB di Pahang hanya di Zon Hijau. #COVID19 #RamadanMubarak #STUCKWITHU #malaysia #korbankasih #kitajagakita #adele #beritaviral
Viral TERKINI!!! PKPB di Pahang hanya di Zon Hijau. Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Pahang hanya melibatkan premis di kawasan yang diklasifikasikan sebagai Zon Hijau dengan dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan negeri.
Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak, berkata PKPB itu melibatkan restoran, kilang, medan selera/pusat penjaja, kenderaan saji (food truck), kawasan rehat dan rawat (R&R), stesen minyak, pasar awam, kompleks beli-belah serta dobi layan diri.
Bagi aktiviti riadah, kerajaan negeri menerusi Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) yang bermesyuarat hari ini memutuskan aktiviti yang dibenarkan dengan syarat ialah golf, joging, berbasikal dan aktiviti bermotosikal.
"Semua pihak berkuasa tempatan akan memantau premis dan aktiviti riadah yang dibenarkan dan JKKN bersetuju menubuhkan pasukan penguatkuasa yang turut dianggotai Jabatan Kesihatan Pahang, polis dan agensi penguatkuasaan lain.
"Sebarang kesalahan dan pelanggaran pematuhan SOP boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) atau Seksyen 101(v) Akta Kerajaan Tempatan 1976 atau kedua-duanya," katanya menerusi kenyataan media, di sini, hari ini.
Sallehuddin berkata syarat am yang perlu dipatuhi semua premis ialah memastikan pekerja bebas COVID-19, mewajibkan penggunaan penutup mulut dan hidung, pekerja tidak dibenarkan berehat serentak serta premis melebihi 10 pekerja perlu menubuhkan Pasukan Respons Kecemasan.
Selain itu, mereka juga perlu melakukan saringan suhu pekerja setiap hari yang direkodkan termasuk kepada pelanggan dan pelawat, mencatatkan maklumat pelanggan seperti alamat dan nombor telefon, menyediakan cecair pembasmi kuman dan melakukan proses nyah kuman setiap hari.
"Restoran perlu memastikan jarak dua meter antara meja dan satu meter antara kerusi pelanggan dengan waktu operasi dibenarkan selepas tamat Ramadan ialah 12 jam mulai 7 pagi manakala penjualan hanya secara bungkus dibenarkan untuk medan selera dan kenderaan saji.
"Stesen minyak dibenarkan beroperasi mengikut kelulusan lesen sedia ada dengan pengusaha perlu menyediakan sarung tangan atau cecair pembasmi kuman di setiap pam dan ‘nozzle’ (muncung) dinyah kuman setiap jam," katanya.
Sallehuddin berkata antara SOP bagi operasi R&R ialah pengurusan lebuh raya memastikan mereka yang mahu menggunakan surau membawa sejadah dan telekung sendiri, meletakkan sabun di tempat mengambil wuduk serta hanya seorang pelanggan dibenarkan di sebuah meja makan.
Pasar awam dibenarkan beroperasi mulai jam 5 pagi hingga 2 petang dengan pelanggan hanya dibenarkan berada di gerai antara lima ke 20 minit, tidak menyentuh barang jualan dan seorang pelanggan di sebuah gerai dalam satu-satu masa.
"Premis dobi layan diri dibenarkan beroperasi jam 7 pagi hingga 7 malam dengan semua mesin perlu dinyah kuman selepas digunakan, tiada aktiviti melipat pakaian dan pemilik premis perlu menyediakan pekerja untuk memastikan SOP ini dipatuhi.
"Tiada operasi berbentuk hiburan dan permainan termasuk panggung wayang dibenarkan beroperasi di kompleks beli-belah. Pelanggan dilarang mencuba pakaian dan kasut serta tidak dibenarkan membuat penukaran atau pemulangan barang.
"Kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah tidak dibenarkan masuk ke kompleks beli-belah dan jika terdapat kes positif COVID-19, kompleks itu akan ditutup selama tiga hari bagi tujuan pembersihan," katanya.
Bagi aktiviti golf, Sallehuddin berkata semua kelab antaranya perlu memastikan penggunaan 'driving range' berdasarkan tempahan, jarak tiga meter antara pemain dan satu meter bagi kedi sepanjang permainan dan tiada pertandingan dibenarkan.
Sallehuddin berkata aktiviti joging hanya boleh dilakukan secara bersendirian dan di taman perumahan dengan jarakan sosial 10 meter serta tiada kanak-kanak bawah 10 tahun dibenarkan.
"Aktiviti berbasikal dan motosikal pula dibenarkan untuk satu orang bagi setiap kenderaan dengan had maksimum kenderaan yang dibenarkan tidak melebihi lima buah," katanya.
-- BERNAMA

Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.