TERKINI!!! Pemandu rempuh polis ditahan sekali lagi. #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak #PDRM #MYTRACE #Malaysia #MKN #KKM

TERKINI!!! Pemandu rempuh polis ditahan sekali lagi. Polis menahan semula lelaki yang memandu dalam keadaan mabuk dan merempuh seorang anggota polis hingga maut dalam Sekatan Jalan Raya Op COVID-19 di Plaza Tol Kajang Selatan, Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) di Kajang pada 3 Mei lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Fadzil Ahmat berkata lelaki itu ditahan semula untuk disiasat di bawah Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan kerana membunuh tanpa niat serta Seksyen 269 Kanun Keseksaan kerana memandu secara melulu dan berbahaya.

"Siasatan akan dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Selangor dan reman akan dipohon di Mahkamah Mejistret Kajang, esok," katanya.

Sebelum ini, lelaki terbabit ditahan reman enam hari yang berakhir hari ini untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan dibebaskan dengan jaminan polis.

Dalam insiden pada 2.11 pagi 3 Mei lepas, Koperal Safwan Muhammad Ismail, 31, dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di badan dan kepala setelah dirempuh kenderaan jenis Hilux yang dipandu lelaki berusia 44 tahun itu.

-- BERNAMA

Comments

Recent Posts Widget

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers