Viral TERKINI!!! PKPB: Resolusi muzakarah garis panduan solat Jumaat semasa PKPB akan dibawa kepada Majlis Raja-Raja. #COVID19 #RamadanMubarak #STUCKWITHU #malaysia #korbankasih #kitajagakita #adele #beritaviral

Viral TERKINI!!! PKPB: Resolusi muzakarah garis panduan solat Jumaat semasa PKPB akan dibawa kepada Majlis Raja-Raja. Resolusi muzakarah berkenaan garis panduan solat Jumaat dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dibawa kepada Majlis Raja-Raja sebagai panduan untuk dipertimbang dan diputuskan pihak berkuasa agama negeri.

Viral TERKINI!!! PKPB: Resolusi muzakarah garis panduan solat Jumaat semasa PKPB akan dibawa kepada Majlis Raja-Raja. Resolusi muzakarah berkenaan garis panduan solat Jumaat dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dibawa kepada Majlis Raja-Raja sebagai panduan untuk dipertimbang dan diputuskan pihak berkuasa agama negeri.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata Perlembagaan Persekutuan menetapkan urusan berkaitan hal ehwal Islam berada di bawah ruang lingkup kuasa dan bidang kuasa negeri di bawah naungan Raja-Raja bagi negeri-negeri.

“Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) kali kelima diadakan pagi ini bagi membincangkan garis panduan solat Jumaat dalam tempoh PKPB.

"Garis panduan itu disediakan bagi penelitian mufti-mufti seluruh Malaysia selaku pihak berkuasa agama negeri dan Ahli-Ahli Dilantik MKI, sebagai satu panduan bersama sebelum dipertimbangkan dan diputuskan oleh pihak berkuasa agama negeri,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.




Beliau berkata buat masa ini, umat Islam diseru untuk mematuhi segala peraturan berkaitan penangguhan aktiviti keagamaan di masjid dan surau yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama negeri dan sentiasa berdoa agar wabak COVID-19 beransur hilang.

"Yakinlah bahawa akan tiba saatnya masjid dan surau kembali meriah dengan pelbagai aktiviti keagamaan dan diimarahkan dengan sebaiknya,” katanya.

Aktiviti keagamaan, termasuk solat Jumaat dan solat berjemaah di surau dan masjid tidak dibenarkan sejak penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan di negara ini pada 18 Mac lepas bagi memutuskan rantaian jangkitan wabak COVID-19.

-- BERNAMA

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers