Viral TERKINI!!! PKPB: Kawasan Pasar Chow Kit suram, tidak semeriah dulu. #COVID19 #RamadanMubarak #STUCKWITHU #malaysia #korbankasih #kitajagakita #adele #beritaviral
Viral TERKINI!!! PKPB: Kawasan Pasar Chow Kit suram, tidak semeriah dulu. Kawasan sekitar Pasar Chow Kit tidak semeriah dahulu meskipun kerajaan memberi kelonggaran menerusi penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula Isnin lalu.
Tinjauan Bernama mendapati, tidak ramai pengunjung hadir di kawasan berkenaan yang pada kebiasaannya sesak sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan sejak 18 Mac.
Kebanyakan premis di sekitar Pasar Chow Kit dilihat tidak menjalankan perniagaan mereka seolah-olah masih mematuhi PKP dan hanya segelintir sahaja yang berani membuka premis walau untuk seketika.
Ada yang beranggapan bahawa mereka masih mematuhi arahan PKP supaya kekal di rumah dan takut akan bahaya penularan COVID-19 yang belum nampak noktahnya, namun menunjukkan petanda positif dari segi mendatarkan lengkuk jangkitan.
Seorang pemandu teksi, Zamhari Mohd Isral, 63, berkata kekurangan pengunjung di situ adalah kerana orang ramai tidak mempunyai wang tunai untuk dibelanjakan akibat tidak bekerja sepanjang PKP.
Katanya, walaupun PKPB dilaksanakan, tidak ramai yang keluar dari rumah kerana kebanyakan pengunjung di kawasan Chow Kit terdiri daripada warga asing.
"Di sini warga asing ramai yang tidak lagi mempunyai duit setelah tidak dibayar majikan mereka ketika PKP ini. Jadi mereka tiada wang untuk dibelanjakan dan hanya duduk di rumah," katanya, mengakui memperoleh sekitar RM10 hingga RM20 sehari daripada pelanggan sepanjang PKP.
Seorang warga asing dari Indonesia, Isma Rakitin mengakui terpaksa meminjam wang daripada majikannya untuk perbelanjaan sepanjang tempoh itu.
"Bos hanya bayar sedikit sahaja (ketika PKP fasa satu). Lepas itu, tiada lagi (wang diberikan)," katanya.
Pasar Chow Kit kini dipasang dengan pagar kawat berduri sejak tiga hari lepas dan kawasan itu dikawal oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan dibantu Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Mohd Fahmi Visuvanathan Abdullah berkata keanggotaan polis adalah mencukupi dengan bantuan ATM untuk mengawal kawasan berkenaan setiap hari.
“Bagi mereka yang berpuasa, pihak kebajikan (PDRM) yang menguruskan (makanan) mereka," katanya.
-- BERNAMA

Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.