Viral TERKINI!!! PKPB: Polis Selangor keluarkan 92 amaran dan lebih 4,000 notis nasihat semalam. #COVID19 #RamadanMubarak #STUCKWITHU #malaysia #korbankasih #kitajagakita #adele #beritaviral
Viral TERKINI!!! PKPB: Polis Selangor keluarkan 92 amaran dan lebih 4,000 notis nasihat semalam. Polis Selangor mengeluarkan 92 amaran dan 4,760 notis nasihat kepada pelbagai pihak di negeri ini kerana tidak mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), semalam.
Jurucakap Khas Op COVID-19 Polis Selangor, ACP Muhammad Yazid Muhammad Yew berkata amaran dan notis berkenaan dikeluarkan antaranya disebabkan kegagalan orang ramai mematuhi penjarakan sosial, kenderaan dinaiki melebihi empat individu dan berkumpul di tempat awam.
"Sebanyak 5,128 pemeriksaan dilakukan di tempat tumpuan awam seperti di terminal bas, premis perniagaan, kilang, tempat beriadah dan tapak pembinaan bagi memastikan orang ramai terus mematuhi SOP PKPB ini," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Muhammad Yazid berkata Polis Selangor akan terus menggunakan pendekatan menasihat terhadap orang ramai sepanjang pelaksanaan PKPB sehingga arahan baharu dikeluarkan.
Mengulas mengenai perjalanan rentas negeri yang bermula semalam, Muhammad Yazid berkata sebanyak 11 sekatan jalan raya dilakukan di lokasi sempadan negeri bagi memastikan hanya individu yang mendapat kebenaran sahaja berbuat demikian.
"Sebanyak tiga sekatan jalan raya dilakukan di Kajang, Hulu Selangor dan Sepang manakala satu untuk kawasan Serdang serta Sabak Bernam. Setakat ini dalam pemeriksaan yang dijalankan, tiada individu mengambil kesempatan melakukan perjalanan rentas negeri tanpa kebenaran," katanya.
-- BERNAMA

Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.