TERKINI!!! Lebih 3,000 aduan pembelian dalam talian diterima sejak Januari. #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak #PDRM #MYTRACE #Malaysia #MKN #KKM

TERKINI!!! Lebih 3,000 aduan pembelian dalam talian diterima sejak Januari. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menerima 3,776 aduan melibatkan transaksi dalam talian sejak Januari tahun ini, kata Menterinya Datuk Alexander Nanta Linggi.

TERKINI!!! Lebih 3,000 aduan pembelian dalam talian diterima sejak Januari. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menerima 3,776 aduan melibatkan transaksi dalam talian sejak Januari tahun ini, kata Menterinya Datuk Alexander Nanta Linggi.


Beliau berkata, daripada jumlah itu sebanyak 2,550 aduan melibatkan kes tidak menerima barang atau mendapat perkhidmatan mengelirukan daripada apa yang dibeli secara dalam talian.

“Sehingga hari ini, banyak aduan yang kita terima lebih kepada penghantaran yang mana bahan yang dibeli dalam talian tidak sampai dan juga mereka (pengadu) tidak puas hati dengan kualiti barangan, yang diterima.

“Jadi dengan itu, pihak penguatkuasa sentiasa memantau rapi dan menjalankan siasatan pada setiap aduan yang diterima dan sekiranya terdapat kesalahan, ada akta tertentu yang boleh dikenakan atas pesalah,” katanya dalam sidang media selepas melawat Malayan Flour Mills Berhad, di sini, hari ini.




Nanta berkata, pesalah boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan Akta Perihal Dagangan 2011 dan sehingga hari ini sebanyak 79 kompaun telah dikeluarkan, bersabit pelbagai kes.

Sementara itu, Nanta berkata aduan transaksi dalam talian tersebut paling banyak diterima pada bulan Mac iaitu semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa satu dijalankan, terutama membabitkan barangan yang dibeli tidak diterima.

Bagaimanapun, katanya aduan itu semakin berkurang berikutan tahap kesedaran orang ramai kian meningkat, selain menyedari situasi PKP yang melanda negara ketika ini dan tiada aduan dilaporkan sejak beberapa hari lepas.

-- BERNAMA

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers