Viral TERKINI!!! Tuntut RM1 juta, Ustaz Abu Syafiq saman fitnah 2 individu termasuk Amin Idris. #COVID19 #RamadanMubarak #STUCKWITHU #malaysia #korbankasih #kitajagakita #adele #beritaviral

Viral TERKINI!!! Tuntut RM1 juta, Ustaz Abu Syafiq saman fitnah 2 individu termasuk Amin Idris. PENDAKWAH bebas, Ustaz Abu Syafiq Al-Asy'ary pada Khamis memfailkan saman di mahkamah terhadap pengacara dan penceramah motivasi, Amin Idris bersama seorang lagi individu kerana mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah.


Viral TERKINI!!! STuntut RM1 juta, Ustaz Abu Syafiq saman fitnah 2 individu termasuk Amin Idris. PENDAKWAH bebas, Ustaz Abu Syafiq Al-Asy'ary pada Khamis memfailkan saman di mahkamah terhadap pengacara dan penceramah motivasi, Amin Idris bersama seorang lagi individu kerana mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah.


Perkara tersebut disahkan oleh firma guamannya, NHA Advocates and Solicitors selepas Amin dan seorang lagi individu memuat naik kenyataan secara dalam talian yang disifatkan menjejaskan jenama peribadi, imej dan reputasi Abu Syafiq.

Peguam, Nurul Hafidzah Hassan dalam satu kenyataan berkata, saman tersebut difailkan di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor dan Mahkamah Sesyen Kuantan, Pahang.

"Anak guam kami, Ustaz Abu Syafiq, memfailkan saman fitnah terhadap Amin Idris dan individu tersebut kerana memfitnah beliau.

"Ia dilakukan oleh defendan-defendan tersebut yang telah menerbit dan menyiarkan kenyataan-kenyataan palsu dan fitnah mengenai anak guam," kata Nurul Hafidzah pada Khamis.

Nurul Hafidzah berkata, tindakan saman itu bertujuan untuk melindungi reputasi anak guamnya dan supaya kedua-dua defendan bertanggungjawab terhadap kenyataan-kenyataan mereka yang salah dan berbaur fitnah.


Viral TERKINI!!! STuntut RM1 juta, Ustaz Abu Syafiq saman fitnah 2 individu termasuk Amin Idris. PENDAKWAH bebas, Ustaz Abu Syafiq Al-Asy'ary pada Khamis memfailkan saman di mahkamah terhadap pengacara dan penceramah motivasi, Amin Idris bersama seorang lagi individu kerana mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah.








Kenyataan media yang dikeluarkan oleh NHA Advocates and Solicitors pada Khamis.

Tambahnya, ia juga untuk membuktikan kebenaran bahawa Abu Syafiq tidak bersalah dan tidak melakukan seperti apa yang didakwa oleh Amin dan seorang lagi individu.

"Sebelum mengambil keputusan untuk menyaman, Ustaz Abu Syafiq telah berusaha untuk menyelesaikan perkara ini secara baik tetapi Amin Idris dan individu tersebut enggan meminta maaf.

"Ustaz Abu Syafiq telah cuba meminta agar kenyataan-kenyataan fitnah dipadamkan dan permohonan maaf dilakukan namun Amin Idris dan seorang lagi individu enggan berbuat demikian.

"Apa yang pasti melalui bukti-bukti yang telah diteliti, kami mendapati anak guam tidak membuat kenyataan-kenyataan seperti yang digembar-gemburkan sesetengah pihak," katanya.

Dalam pada itu, Nurul Hafidzah turut memberitahu bahawa pihaknya sedang meneliti beberapa akaun lain yang membuat komen fitnah, 'body shaming', menghina dan lain-lain jenis perlakuan yang melanggar undang-undang untuk dibawa ke muka pengadilan.

"Kami berharap masyarakat lebih celik, peka dan tahu membezakan kritikan dan pendapat berbanding fitnah. Raikan perbezaan pendapat.

"Salah yang kita sangka tidak semestinya ia benar dan ia tidak memberikan lesen untuk memfitnah, memalukan dan melakukan serangan peribadi," katanya.

Terdahulu, Amin yang mengendalikan program The Amin Idris Show menerusi halaman Facebook pada 27 April lalu, mendedahkan Abu Syafiq menuntut ganti rugi sebanyak RM1 juta kerana posting beliau.

Ia susulan status yang dimuat naik Amin di laman sosial sebelum ini membabitkan isu dengan pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew yang dianggap menjatuhkan reputasi.

Dalam tuntutan dibuat Abu Syafiq itu, menerusi peguamnya menyifatkan status dimuat naik Amin membuatkan Abu Syafiq menerima pelbagai reaksi negatif banyak pihak.

Menerusi tuntutan sama, permohonan maaf tersebu perlu dibuat di semua medium dan mesti mendapatkan kelulusan daripada Abu Syafiq.

Amin diberi masa tujuh hari untuk membuat permohonan maaf dan membayar RM1 juta.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers