KERUSI PANAS MLM 2013: MAMU, ZERO DAN GERAK TERPILIH

KERUSI PANAS MLM 2013: MAMU, ZERO DAN GERAK TERPILIH
MAMU, ZERO DAN GERAK TERPILIH

KERUSI PANAS MLM 2013:
MAMU, ZERO DAN GERAK TERPILIH


Teka-teki tentang kumpulan pelawak mana yang akan menyertai pertandingan Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM 2013) atas tiket kerusi panas terjawab malam tadi apabila kumpulan Mamu, Zero dan Gerak menjadi pilihan juri untuk menyertai 13 peserta lain dalam MLM 2013 tahun ini.

Ketiga-tiga mereka telah telah menewaskan lapan peserta lain yang turut bersaing merebut tempat tiga slot terakhir dalam MLM 2013. Pemilihan mereka adalah menerusi markah yang diberikan oleh barisan juri yang terdiri dari Datuk Aznil Hj Nawawi, Azwan Ali dan Dato` Hattan.

Lapan peserta yang tidak terpilih itu ialah Shake, Glory, Santan, Pajak, Gadai, Kecik, 2yol dan Keross.

Terdahulu, sebanyak 13 peserta telah pun menempah tempat secara automatik ke gelanggang MLM 2013 iaitu Jambu, Boboi, Shiro, SayWho, Wala, Comey, Nabil, Osama, Tulang, Bocey, Sepahtu, Kucai dan SYJ.

Ini menjadikan sebanyak 16 peserta bakal bertanding merebut gelaran juara Maharaja Lawak Mega 2013 dan membawa pulang hadiah lumayan berupa wang tunai sebanyak RM500,000 manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing membawa pulang wang tunai RM250,000 dan RM150,000.

Pertandingan kerusi panas MLM 2013 malam tadi telah berlangsung dari Dewan MBSA, Shah Alam dan seperti biasa, Dato` AC Mizal kekal sebagai hos program ini. MLM 2013 boleh ditonton menerusi saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).

Empat juri utama yang bakal mengadili program MLM kali ini juga turut dirahsiakan sehingga diumumkan di minggu pertama program ini bersiaran iaitu pada 15 November 2013 jam 10.00 malam di Astro Warna (132) dan Mustika HD 134) serta aplikasi Astro On-The-Go.

Para peminat dan penonton program Maharaja Lawak Mega 2013 turut berpeluang memenangi hadiah lumayan dengan menghantar video-video parodi bermula 22 November ini. Untuk maklumat lanjut sila layari www.maharajalawakmega.com.my bermula 14 November ini!

Comments

  1. Replies
    1. terima kasih kerana singgah yer? Plus klik lagi best best best :)

      Delete
  2. Replies
    1. terima kasih kerana membalas kunjungan is dan menabung sekali yer?

      Delete
  3. membalas kunjungan sambil klik master card dan unicef..tapi ini iklan dari mana is? lebat tak incomenya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmmm terima kasih kerana membalas kunjungan is yer. master card to luar negara punya iklan, MadAdsMedia, dan Unicef tu rasanya Innity, boleh tahan la incomenya sebab is main CPM je.

      Delete
  4. baru je cut down channel astro. kalau nak nonton kena la tambah duit. haishhhhhhhhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak baru cut ker? hmm Astro Warna dengan Mustika HD tu apa bezanya? kalau takat nak tengok lawak tu is rasa tak berbaloi kowt kan? try kak watie subscribe skybox is dengar ramai cakap astro punya channel pun dapat semua.

      Delete

Post a Comment

Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my

Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers