NAS ADILA SEDIA JADI DATIN DALAM MENANTI LAMARAN DATO’ JAMAL ABDILLAH

NAS ADILA SEDIA JADI DATIN DALAM MENANTI LAMARAN DATO’ JAMAL ABDILLAH
Nas Adila Dan Dato' Jamal Abdillah

NAS ADILA SEDIA JADI DATIN DALAMMENANTI LAMARAN DATO’ JAMAL ABDILLAH


Selepas terkejut dengan berita peminangannya oleh Dato` Jamal Abdillah yang kemudiannya dapat dihidu pihak media, penyanyi Nas Adila Md Dan menjelaskan bahawa mereka bukanlah pasangan bercinta.

“Terus-terang, baik saya dan abang Jamal, kami tidak tahu bagaimana cerita sebegini boleh diketahui pihak media. Sejujurnya, kami belum bercinta lagi dan belum ada apa-apa hubungan istimewa,” ujar Adila kepada murai.com.my.

Pun begitu, bintang Akademi Fantasia 7 (AF7) ini akui ramai bertanya mengenai hubungan mereka yang kerap bergandingan bersama dalam persembahan dan konsert.

“Disebabkan saya selalu jadi pasangan duet abang Jamal,  banyak orang usik hubungan kami berdua. Antara mereka yang mengusik kami adalah kenalan rapat kami.

“Kali pertama kami bertemu dan bergandingan di konsert yang berlangsung di Seremban. Selepas itu, kami selalu digandingkan. Sejak itulah juga kami sering diusik dan makin lama semakin ramai yang bertanya hubungan kami serius atau pun tidak.

“Disebabkan perkara ini sudah diketahui media, saya hanya berserah dan menanti saja adakah ia benar atau pun tidak. Saya sendiri tidak tahu atau tidak pasti bila tarikh abang Jamal bakal datang melamar saya sebagai isteri,” katanya.

Dalam pada itu, Adila tidak peduli dengan pandangan orang yang mengatakan dia hanya mahu gelaran Datin yang bakal diperolehinya selepas berkahwin dengan Jamal yang baru saja menerima gelaran Dato’.

“Saya tidak minta gelaran Datin. Saya tidak mahu runsing dengan pandangan orang lain mengenainya. Soal gelaran ini akan datang sendiri. Saya tidak mencari gelaran itu demi kesenangan,.

“Saya hanya redha seandainya itu sah menjadi milik saya. Kalau sudah tertulis jodoh saya dengan abang Jamal, saya terima. Apapun, saya rasa abang Jamal lebih matang berbanding dengan bekas kekasih saya yang lain.

“Maafkan saya, saya tidak boleh komen sama ada saya sudah jatuh cinta dengan dia atau pun tidak. Biarlah perkara ini sah baru saya jelaskannya. Tidak manis dan saya tidak mahu terlebih kata,” jelasnya.

Sebelum digemparkan bakal menjadi isteri Jamal Abdillah, Adila pernah bertunang dengan jejaka berstatus kerabat di raja.  Kemudian, dia bercinta pula dengan pengurus peribadinya. Selepas itu, dia bercinta pula dengan bintang AF6 iaitu Alif.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers