Dua pegawai SPRM ditahan kerana terlibat dengan Geng Nicky, SPRM sahkan dua pegawai ditahan terlibat Geng Nicky.
PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan penahanan dua pegawai suruhanjaya itu yang dipercayai terlibat dengan kegiatan haram Geng Nicky didalangi
ahli perniagaan buruan Nicky Liow Soon Hee.
Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Seri Azam Baki berkata, SPRM telah memberi kerjasama kepada pihak polis dengan menyerahkan kedua-dua pegawai berkenaan bagi membantu siasatan.
“Saya memandang serius dan tidak akan berkompromi dalam hal ini malah akan menyerahkan lagi mana-mana pegawai suruhanjaya sekiranya ada yang terlibat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Terdahulu, Polis Johor menahan 12 pegawai penguat kuasa selepas disyaki terlibat dalam melindungi kegiatan jenayah terancang Geng Nicky.
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, individu terbabit terdiri daripada 10 pegawai kanan polis dan dua pegawai SPRM.
Katanya, dua pegawai SPRM itu terdiri daripada Penolong Pesuruhjaya dan Penguasa yang bertugas di Putrajaya.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.