Bomba alami kesukaran 2jam berjaya keluarkan mayat dihempap pokok, 2 jam keluarkan mayat mangsa dihempap pokok.
Pasukan bomba mengambil masa kira-kira dua jam bagi mengeluarkan mayat seorang pemandu kereta jenis Proton Wira yang maut dihempap sebatang pokok tua di tepi Jalan Perak, Jelutong di sini pagi tadi.
Mangsa, Yong Geeng Huei, 53, ditemui mati dalam keadaan tertiarap di bahagian gear keretanya oleh anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak kira-kira pukul 11.04 pagi.
Pegawai Operasinya, A’Azelan Hassan berkata, pihaknya terpaksa mengambil masa yang lama disebabkan berdepan kesukaran memotong dahan pokok bersaiz lilit dua meter yang tumbang di atas kenderaan terbabit.
“Pasukan menggunakan gaji berantai untuk memotong dahan pokok yang besar itu dan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa terbabit. Kita juga mendapatkan bantuan kren Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).
“Pemandu kereta tersebut ditemui sudah kaku dan kematian telah disahkan pihak Kementerian Kesihatan (KKM) yang berada di lokasi kejadian,” katanya kepada Kosmo! hari ini.
Menurut beliau lagi, operasi tersebut turut mendapat kerjasama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan pasukan bomba sukarela berhampiran.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.