tERKINI! PKP: Kerajaan Sabah belum benarkan pergerakan dua orang dalam satu kenderaan. #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak #PDRM #GERAKMALAYSIA #Malaysia #MKN #KKM
tERKINI! PKP: Kerajaan Sabah belum benarkan pergerakan dua orang dalam satu kenderaan. Kerajaan Sabah belum membuat keputusan untuk membenarkan pergerakan dua orang dalam satu kenderaan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepertimana yang diumumkan oleh kerajaan Persekutuan hari ini
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata keputusan yang dibuat oleh kerajaan Persekutuan itu perlu diperinci dan dibincangkan terlebih dahulu dalam Pusat Arahan COVID-19 Sabah sebelum ia dilaksana di peringkat negeri ini.
"Kita perlu mengkaji kesannya terlebih dahulu. Sekiranya ia boleh dilaksana tanpa ada kesan buruk yang timbul kita akan laksanakan," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan pakar perubatan daripada China di sini, hari ini.
Mohd Shafie berkata pergerakan dua orang dalam satu kenderaan hanya diberikan untuk tujuan tertentu khususnya dalam perkhidmatan yang dibenarkan sahaja.
Kerajaan Persekutuan hari ini memutuskan untuk memberi sedikit kelonggaran bagi Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam PKP fasa keempat dengan membenarkan dua orang bergerak dalam satu kenderaan bermula hari ini.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata mereka perlu terdiri daripada ahli keluarga daripada rumah yang sama, dan pergerakan itu bagi membeli makanan dan barang keperluan harian.
-- BERNAMA
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.