TERIMA KASIH GURU! PKP: Guru di Pedalaman Sarawak pastikan bahan pengajaran sampai kepada murid. #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak #PDRM #GERAKMALAYSIA #Malaysia #MKN #KKM
TERIMA KASIH GURU! PKP: Guru di Pedalaman Sarawak pastikan bahan pengajaran sampai kepada murid. Mingkul Damu komited dalam memastikan anak-anak muridnya tidak ketinggalan dalam aspek pelajaran sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Setia berada di sekolah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hanya untuk memastikan bahan pengajaran dan pembelajaran sampai kepada anak muridnya menerusi dalam talian.
Itu pengorbanan seorang Guru Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Kebangsaan Labang, Sebauh, Bintulu, Mingkul Damu.
Walaupun semua bahan dimuat naik dan dihantar menggunakan aplikasi Whatsapp kepada ibu bapa, namun ada masanya tiada liputan yang baik di sesetengah kawasan itu.
Ini susulan kedudukan sekolah yang jauh di pedalaman dan perkara ini pasti menyukarkan urusan untuk menyampaikan ilmu kepada murid-muridnya.
“Siapa yang tidak mahukan liputan dan akses internet yang baik, bayangkan kalau ada akses yang baik mereka tidak akan membuang masa dan banyak aplikasi dalam talian boleh digunakan.
“Sebagai contoh Google Classroom serta banyak lagi dan cuba bayangkan kalau akses internet di sini mantap, pasti banyak perkara dapat disampaikan kepada mereka,” ujarnya.
Bagi murid yang menetap di rumah panjang, Mingkul akan menghantar sendiri bahan yang disediakan setiap guru mata pelajaran di sekolah tersebut.
Bagi salah seorang murid SK Labang, Nur Nylea Delisha Humaira, pengorbanan gurunya ini pasti dimanfaatkan sebaiknya.
“Bayangkan cikgu sanggup menyediakan dan menghantar sendiri semua latih tubi menerusi aplikasi Whatsapp, jadi sebagai seorang murid, saya perlu hargai usaha ini dengan menyiapkan semua latihan yang diberikan,” kata Nur Nylea.
Sementara bagi bapa yang juga merupakan penghuni rumah panjang, Bujang Michie, inisiatif ini membolehkan anak-anaknya menghargai masa yang ada untuk mengulang kaji pelajaran.
“Memang berkesan inisiatif seperti ini, anak-anak saya tidak membuang masa melakukan sesuatu yang tidak berfaedah malah mempersiapkan mereka untuk kembali ke sekolah semula nanti.
“Tetapi satu cabaran terbesar buat kami ialah liputan yang kurang memuaskan dan akses kepada internet tidak sebaik di kawasan-kawasan bandar,” ujarnya.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.