ALHAMDULILLAH! COVID-19: Tiada kematian, 94 kes positif baharu. #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak #PDRM #GERAKMALAYSIA #Malaysia #MKN #KKM

ALHAMDULILLAH! COVID-19: Tiada kematian, 94 kes positif baharu. Menurut Dr Noor Hisham, terdapat 94 lagi kes baharu positif COVID-19 direkodkan di negara ini, setakat Rabu.

ALHAMDULILLAH! COVID-19: Tiada kematian, 94 kes positif baharu. Menurut Dr Noor Hisham, terdapat 94 lagi kes baharu positif COVID-19 direkodkan di negara ini, setakat Rabu.

Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini mengesahkan tiada pertambahan kes kematian baharu, sekali gus menyaksikan jumlah kumulatif kematian di negara ini kekal 100 kematian atau 1.68 peratus daripada jumlah keseluruhan kes COVID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dalam masa sama, seramai 55 pesakit telah pulih sepenuhnya menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh daripada COVID-19 adalah sebanyak 4,087 kes (68.75 peratus).

Bagaimanapun, jelas beliau, terdapat 94 lagi kes baharu positif COVID-19 direkodkan di negara ini, setakat Rabu.

“Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 5,945 kes.

“Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,758 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan,” katanya dalam sidang media harian, di sini pada Rabu.



Mengulas lanjut, beliau berkata daripada 94 jumlah kes baharu itu, 72 merupakan kes import melibatkan rakyat negara ini dan pelajar yang pulang dari Indonesia.

“Ini bermakna, kes penularan tempatan adalah 22 kes sahaja. Sehingga kini, seramai 40 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Daripada jumlah tersebut, 18 kes memerlukan bantuan pernafasan,” kata beliau lagi.



Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers