tERKINI! KKM beri keutamaan kepada Sabah Sarawak laksana kit ujian pantas. #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak #PDRM #GERAKMALAYSIA #Malaysia #MKN #KKM
tERKINI! KKM beri keutamaan kepada Sabah Sarawak laksana kit ujian pantas. Kementerian Kesihatan (KKM) akan menerima kumpulan pertama kit ujian pantas atau 'rapid test kit' yang diimport dari Korea Selatan, Jumaat ini dengan memberi keutamaan kepada Sabah dan Sarawak.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata sebanyak 50,000 kit akan diterima dan sebahagiannya akan diletakkan untuk kegunaan di pintu masuk negara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
"Penggunaan rapid test kit ini kita akan letakkan keutamaan kepada Sabah dan Sarawak sebab penggunaan ini mungkin boleh dilaksana di sana dan ada kelebihan dari segi jangka masa yang diambil cepat dan boleh dilaksana di ‘point of care’.
"Kalau kita lihat dari segi logistik di Sabah dan Sarawak, mungkin dari segi pengangkutan spesimen dan sebagainya, jadi dengan menggunakan kaedah rapid test kit, kita akan bagi keutamaan kepada Sabah dan Sarawak," katanya dalam sidang media harian COVID-19 di sini hari ini.
Beliau berkata KKM juga akan menempatkan dua kabinet biosafety di KLIA dan petugas kesihatan boleh melaksanakan ujian menggunakan rapid test kit untuk penumpang-penumpang yang tiba di sana.
"Minggu depan (kita) boleh laksana, kita akan agihkan ujian rapid test kit dan melatih staff-staff kita menggunakan antigen rapid test kit," katanya.
Dalam perkembangan lain, Dr Noor Hisham berkata kajian mendapati virus COVID-19 yang telah bermutasi akan menjadi lebih ganas dan berpotensi menjangkiti lebih ramai individu.
"Kita difahamkan setakat ini ada 30 mutasi dan di Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), kita juga laksana pengasingan virus dan kultur virus tersebut.
"Kita dapati kes ke-26 contohnya, kita telah kaji virus itu dan kita dapati sebab mutasi itu menjadikan virus tersebut lebih ganas dan telah merebak dan menjangkiti 120 orang.
"Apa yang perlu sekarang ini IMR bukan hanya tertumpu untuk laksana lebih banyak ujian tetapi kita nak IMR tumpu kepada pengasingan virus dan kaji virus sama ada strain yang berbeza, seperti gelombang pertama dan peringkat awal gelombang kedua kes kita dapati virus ini daripada strain B, sama seperti di Wuhan, China," katanya.
"Apa yang kita perlu laksana ialah membuat kajian untuk gelombang kedua pesakit-pesakit yang telah disahkan dan mereka yang pulang dari negara tertentu, (selain) melaksanakan pengasingan kultur dan kajian virus tersebut," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata pesakit COVID-19 yang bergejala ringan dan tidak bergejala tetapi positif yang sedang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akan dibawa ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) secara berperingkat.
“Bagi kes-kes kategori empat dan lima kita akan pindahkan ke Hospital Sungai Buloh...kita akan bebaskan HKL untuk sementara jadi mereka boleh fokus pada aktiviti-aktiviti (rawatan) yang lain,” jelasnya.
Selain itu, Dr Noor Hisham menegaskan hanya pembedahan elektif di hospital kerajaan ditangguhkan manakala pembedahan kecemasan dan rawatan kepada pesakit kanser diteruskan.
-- BERNAMA
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.