tERKINI! Landasan di Ba'kelalan pastikan bekalan sampai ke perkampungan terpencil. #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak #PDRM #GERAKMALAYSIA #Malaysia #MKN #KKM
tERKINI! Landasan di Ba'kelalan pastikan bekalan sampai ke perkampungan terpencil. Landasan berlepas dan mendarat yang pendek (STOLport) di Ba'kelalan yang dikendalikan oleh Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) penting untuk pengedaran bekalan ke kampung terpencil di Tanah Tinggi Maligan, Sarawak.
Dalam satu kenyataan hari ini, MAHB berkata sejak Perintah Kawalan Gerakan (PKP) dilaksanakan di seluruh negara pada 18 Mac untuk mencegah jangkitan COVID-19 daripada merebak, masyarakat yang tinggal di sini bergantung kepada pengangkutan udara untuk mendapatkan bekalan perubatan dan keperluan seperti gula, minyak masak dan tepung
Pada awal April, misi bantuan makanan pertama dari Miri mendarat di STOLport Ba'kelalan, katanya.
"STOLports kami adalah hab utama untuk bekalan dan perkhidmatan penting, kerana perjalanan udara pada kebiasaannya merupakan akses terpantas ke kawasan pedalaman dan penempatan yang sukar dilalui melalui jalan darat," kata Michael Racha Agung, seorang penduduk asli, Lun Bawang, seorang pekerja yang menguruskan Ba'kelalan STOLport.
Ba'kelalan adalah perjalanan darat yang mencabar, mengambil masa selama 8 jam, separuh daripada perjalanan itu akan melalui jalan kawasan pembalakan dengan menggunakan kenderaan pacuan empat roda dari bandar yang tedekat iaitu Lawas.
"Keutamaan kami adalah memastikan landasan itu beroperasi seperti jam (berjalan lancar) supaya penerbangan dan kargo dapat sampai kepada kami dengan selamat," katanya.
MAHB mengendalikan 12 STOLports di Sarawak untuk menyediakan hubungan dengan komuniti terpencil di seluruh negara, yang merupakan sumbangan sosio-ekonomi utama.
STOLports juga berfungsi sebagai penghubung kepada lebih banyak prospek perniagaan dari sektor industri lain, yang menyumbang kepada pembangunan ekonomi tempatan.
Menurut MAHB, Ba'kelalan STOLport mengendalikan penerbangan antara Lawas STOLport, Bario STOLport dan Lapangan Terbang Miri, merangkumi empat penerbangan mingguan berjadual menggunakan pesawat Twin Otter dengan 18 tempat duduk MASWing untuk membawa pulang penduduk asli, helikopter kargo dan penerbangan ad-hoc untuk perkhidmatan perubatan “Flying Doctors of Malaysia” Kementerian Kesihatan.
-- BERNAMA
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.