PRIHATIN! Jangan benci pada Rohingya yang jadi mangsa kezaliman-Dr Mahathir. #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak #PDRM #GERAKMALAYSIA #Malaysia #MKN #KKM
PRIHATIN!Jangan benci pada Rohingya yang jadi mangsa kezaliman-Dr Mahathir. TUN MAHATHIR: Kita sepatutnya kecam Myanmar dan Aung San Suu Kyi kerana kezaliman mereka dan bertindak menolak dagangan dengan mereka.
Janganlah kita benci kepada orang Rohingya yang menjadi mangsa kezaliman, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dr Mahathir berkata beliau sedar kenapa orang Melayu sekarang begitu benci kepada orang Rohingya sedangkan pada mulanya orang Melayu bersimpati dengan orang Rohingya dan golongan itu pun pilih untuk datang ke Malaysia kerana simpati tersebut.
"Tetapi apabila jumlah menjadi begitu ramai dan ada perbuatan perlarian ini yang menyentuh perasaan orang Melayu, maka simpati bertukar jadi benci," katanya.
Dr Mahathir menerusi catatan terbaru di laman blognya chedet.cc berkata, negara-negara Islam dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) seharusnya bertindak untuk menghentikan kezaliman oleh Myanmar.
"Kita sepatutnya kecam Myanmar dan (Kaunselor Negara Myanmar) Aung San Suu Kyi kerana kezaliman mereka dan bertindak menolak dagangan dengan mereka.
"Kita juga perlu meminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengambil tindakan terhadap Myanmar. Kita juga perlu dedahkan kezaliman Myanmar kepada dunia," katanya.
Negara ini, kata Dr Mahathir, telah beri terlalu banyak suaka kepada pelarian dan mereka sepatutnya pergi ke negara lain dan negara lain juga perlu buka pintu mereka.-- BERNAMA
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.