ALAMAK! Bapa saudara Kim Jong Un kembali menjadi perbualan di Pyongyang. #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak #PDRM #GERAKMALAYSIA #Malaysia #MKN #KKM

ALAMAK! Bapa saudara Kim Jong Un kembali menjadi perbualan di Pyongyang. Ramai berpendapat Pyong Il sukar untuk meraih sokongan kerana beliau sudah lama tidak berkecimpung dalam dunia politik. - AP

ALAMAK! Bapa saudara Kim Jong Un kembali menjadi perbualan di Pyongyang. Ramai berpendapat Pyong Il sukar untuk meraih sokongan kerana beliau sudah lama tidak berkecimpung dalam dunia politik. - AP

TOPIK peralihan kuasa kepada adik tiri Kim Jong Un, iaitu Kim Yo Jong, sedang hangat diperbualkan oleh rakyat umum dan juga ahli-ahli tertinggi Parti Politburo di negara itu.

Ekoran pelbagai stigma negatif dilontarkan terhadap kepimpinan wanita di negara itu, nama-nama pewaris lain yang berpotensi mengambil alih pimpinan kerajaan Korea Utara mula ditimbulkan semula.

Ini termasuklah bapa saudara kepada Kim Jong Un iaitu Kim Pyong Il yang sudah lama hilang dari radar politik Korea Utara.

Kim Pyong Il yang berusia 65 tahun, merupakan ahli diplomat di beberapa negara di Eropah termasuklah Republik Czech, Hungary, Bulgaria, Finland dan Poland selama lebih empat dekad selepas dihalau keluar dari negaranya.

Pyong Il telahpun bersara dan kembali ke ibu kota Pyongyang tahun lalu setelah melepaskan jawatan rasminya.

Sejarah politik Pyong Il bermula apabila namanya disingkirkan oleh abang tirinya Kim Jong Il sekitar tahun 1970-an untuk menggantikan mendiang bapa mereka, Kim Il Sung.

Namanya kembali menjadi topik perbualan apabila timbul spekulasi bahawa Kim Yo Jong akan mengambil alih sebagai pemimpin negara itu.

Namun, ramai berpendapat Pyong Il sukar untuk meraih sokongan kerana beliau sudah lama tidak berkecimpung dalam dunia politik negara itu apatah lagi dirinya sudahpun bersara setelah berkhidmat selama 40 tahun.

Kim Jong Il, yang merupakan saingan kuat kepada Pyong Il memulakan pemerintahannya sehinggalah beliau meninggal pada tahun 2011 dan digantikan oleh anaknya, Kim Jong Un.

Sepanjang tempoh pemerintahan Kim Jong Un, beberapa perubahan disaksikan demi mempertahankan posisinya sebagai pemimpin sulung negara itu.

Ini termasuklah teori konspirasi penglibatannya dalam pembunuhan abang tirinya, Kim Jong Nam di Malaysia.

Selain itu, bapa saudaranya Jang Song Thaek yang dilihat sebagai ‘ancaman’ juga dijatuhkan hukuman gantung atas sebab pengkhianatan pada Disember 2013.

Walaupun Kim Yo Jong menggalas kedudukan yang tinggi di dalam partinya, ramai yang tidak bersetuju akan keputusan untuk menjadikan dirinya waris kepada kepimpinan negara itu.

Berdasarkan pemerhatian, Kim Yo Jong yang berusia 36 tahun itu telah membuktikan kredibilitinya dalam dunia politik Korea Utara serta menjadi orang kanan kepada Kim Jong Un selama beberapa tahun sebelum ini.

Namun, hanya kerana dia wanita, membuat ramai mempertikaikan kebolehannya untuk memimpin kerajaan negara itu.


Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers