TERKINI! COVID-19: Thailand catat sembilan kes baharu, tiada kematian. #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak #PDRM #GERAKMALAYSIA #Malaysia #MKN #KKM

TERKINI! COVID-19: Thailand catat sembilan kes baharu, tiada kematian. Ini hari ketiga jumlah kes baharu kekal dalam kiraan satu digit, menjadikan jumlah kumulatif seluruh negara kepada 2,947 dan jumlah kematian kekal 54 orang.

TERKINI! COVID-19: Thailand catat sembilan kes baharu, tiada kematian. Ini hari ketiga jumlah kes baharu kekal dalam kiraan satu digit, menjadikan jumlah kumulatif seluruh negara kepada 2,947 dan jumlah kematian kekal 54 orang.

Thailand mencatatkan sembilan kes baharu COVID-19 termasuk dua kes melibatkan petugas kesihatan dan sifar kematian hari ini.

Ini hari ketiga jumlah kes baharu kekal dalam kiraan satu digit, menjadikan jumlah kumulatif seluruh negara kepada 2,947 dan jumlah kematian kekal 54 orang.

Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA), Thaweesilp Wissanuyothin berkata, sebanyak 2,665 kes pulih dan dibenar pulang dari hospital manakala 228 masih menerima rawatan di wad.

Daripada 2,947 kes di negara ini, Bangkok mencatatkan jumlah tertinggi kes COVID-19 iaitu 1,488 diikuti Phuket (213), Nonthaburi (157), Samut Prakan (113) dan Yala, (113), katanya pada taklimat harian COVID-19 di sini hari ini.

Sementara itu, lapan kategori tempat di ibu negara Bangkok akan dibenarkan menyambung operasi tidak lama lagi susulan satu mesyuarat antara Pentadbiran Metropolitan Bangkok (BMA) dan Jabatan Kawalan Penyakit Bangkok hari ini.

Jurucakap BMA, Pongsakorn Kwangmuang berkata, CCSA akan membuat pengumuman rasmi mengenai tarikh pembukaan semula itu.

"Semua operator hendaklah mematuhi peraturan dan tindakan bagi mengurangkan risiko penularan COVID-19," katanya kepada pemberita hari ini.

Lapan kategori tempat itu ialah restoran dan kedai minuman, pasar dan pasar minggu, tempat bersukan, taman, kedai gunting rambut, klinik haiwan, hospital dan klinik, padang golf dan tempat pemanduan.

Thailand mengisytiharkan darurat dari 26 Mac hingga 30 April bagi membendung penularan COVID-19. Perintah darurat itu yang akan berakhir esok dilanjutkan sebulan lagi.-- BERNAMA


Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers