BERITA BAIK! Kerajaan mungkin benarkan taska, tadika beroperasi sepanjang PKP. #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak #PDRM #GERAKMALAYSIA #Malaysia #MKN #KKM
BERITA BAIK! Kerajaan mungkin benarkan taska, tadika beroperasi sepanjang PKP. Kerajaan akan bincangkan kemungkinan memberi kebenaran kepada operasi taska dan tadika sepanjang tempoh PKP.
Kerajaan mengambil maklum keluhan ibu bapa yang bertugas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mengenai isu penjagaan anak mereka.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan akan membincangkan isu berkenaan dalam mesyuarat esok termasuk kemungkinan memberi kebenaran kepada operasi taska dan tadika.
“Kita faham ada ibu bapa yang bekerja dan tak ada sesiapa menjaga anak-anak mereka. Perkara ini akan kita bincangkan esok untuk kita keluarkan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih terperinci.
“Semua kementerian akan terlibat dalam (mesyuarat ini) dan mereka akan mencadangkan SOP di bawah kementerian masing-masing. Jadi esok kita bincang sepenuhnya termasuk isu tadika," katanya lagi.
Baru-baru ini media melaporkan pusat asuhan kanak-kanak yang masih mengenakan bayaran yuran penuh meskipun ibu bapa tidak dapat menghantar anak mereka ekoran pelaksanaan PKP.
Selain itu, ibu bapa yang bertugas dalam sektor dibenarkan turut menghadapi kesulitan mencari orang yang boleh menjaga anak mereka, terutamanya yang masih kecil.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.