RILEKS LU! COVID-19 Kebenaran operasi sektor sosial dan pendidikan ditangguh dulu - Dr Noor Hisham. #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak #PDRM #GERAKMALAYSIA #Malaysia #MKN #KKM

RILEKS LU! COVID-19 Kebenaran operasi sektor sosial dan pendidikan ditangguh dulu - Dr Noor Hisham. Dr Noor Hisham memberitahu, KKM mencadangkan kerajaan supaya sektor ekonomi dibenarkan beroperasi terlebih dahulu berbanding sektor-sektor lain.

RILEKS LU! COVID-19 Kebenaran operasi sektor sosial dan pendidikan ditangguh dulu - Dr Noor Hisham. Dr Noor Hisham memberitahu, KKM mencadangkan kerajaan supaya sektor ekonomi dibenarkan beroperasi terlebih dahulu berbanding sektor-sektor lain.

Kebenaran beroperasi bagi sektor sosial dan pendidikan akan ditangguhkan sedikit masa lagi bagi membolehkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memantau rapat perkembangan jangkitan COVID-19.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata, buat masa ini KKM mencadangkan kerajaan supaya sektor ekonomi dibenarkan beroperasi terlebih dahulu berbanding sektor-sektor lain ketika tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Sektor sosial dan pendidikan akan dibuka sedikit lambat. Biar kita benarkan sektor ekonomi bermula dahulu.
"Kita akan memantau sektor ini (ekonomi) sekurang-kurangnya dua hingga empat minggu sebelum mencadangkan sektor sosial dan pendidikan dibuka semula," katanya pada sidang akhbar di Putrajaya di sini pada Rabu.



Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin sebelum ini memaklumkan sebuah jawatankuasa khas Kabinet diwujudkan untuk meneliti senarai sektor ekonomi yang terpilih untuk dibuka secara berperingkat sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa.
Ditanya mengenai mengenai pembukaan semula taska yang akan dibincangkan pada mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN), Dr Noor Hisham menegaskan ia adalah bergantung kepada kepatuhan pemilik premis itu terhadap garis panduan KKM.
"Sama ada bagi taska, restoran atau mana-mana institusi, apa yang penting ialah kita mematuhi garis panduan KKM
"Garis panduan sudah ada. Kalau taska itu boleh mematuhi garis panduan, tidak ada masalah. Bagaimanapun, itu kita kena pastikan dulu," jelasnya.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers