tERKINI! 309 pelajar UUM pulang ke kampung di bahagian utara. #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak #PDRM #GERAKMALAYSIA #Malaysia #MKN #KKM

tERKINI! 309 pelajar UUM pulang ke kampung di bahagian utara. Seramai 309 pelajar yang terkandas di kampus Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok, sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac lepas, selamat pulang ke kampung masing-masing hari ini.

tERKINI! 309 pelajar UUM pulang ke kampung di bahagian utara. Seramai 309 pelajar yang terkandas di kampus Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok, sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac lepas, selamat pulang ke kampung masing-masing hari ini.

UUM menerusi satu kenyataan memaklumkan daripada jumlah tersebut, seramai 207 pelajar menaiki bas dan van yang disediakan pihak universiti, manakala selebihnya menaiki kenderaan sendiri menuju ke destinasi masing-masing di Kedah dan Pulau Pinang.

Menurut kenyataan itu, proses penghantaran pelajar yang bermula pada 11.30 pagi tadi dimulakan dengan sesi pendaftaran dan saringan oleh Pusat Kesihatan Universiti (PKU), sebelum pelajar mula berlepas ke destinasi masing-masing pada 3 petang.

Sementara itu, Naib Canselor UUM, Prof Datuk Dr Ahmad Bashawir Abdul Ghani yang memantau proses itu berkata UUM mematuhi prosedur operasi standard ditetapkan kerajaan dengan memastikan tahap kesihatan pelajar berada dalam keadaan baik.

"Saya juga berterima kasih kepada semua petugas yang bekerja siang dan malam selama hampir dua bulan bagi memastikan keselamatan pelajar adalah terkawal serta anggota polis dan bomba yang banyak membantu dalam proses penghantaran pulang pelajar sejak semalam," katanya.

Pada 24 April lepas, kerajaan bersetuju membenarkan pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang terkandas di kampus atau mereka yang menyewa di luar kampus dihantar pulang bermula Isnin lepas.

-- BERNAMA

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers