TERKINI! KKM siasat dakwaan berkongsi tandas dengan pesakit COVID-19 di Pusat Kuarantin Kempas. #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak #PDRM #GERAKMALAYSIA #Malaysia #MKN #KKM
TERKINI! KKM siasat dakwaan berkongsi tandas dengan pesakit COVID-19 di Pusat Kuarantin Kempas Dr Noor Hisham memberi jaminan akan menyiasat aduan bahawa pesakit yang sudah dua kali disahkan negatif COVID-19 telah berkongsi tandas dengan pesakit positif COVID-19.
Mengikut prosedur operasi standard (SOP), Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kebiasaannya pesakit yang disahkan negatif akan diasingkan.
"Dakwaan tandas itu kita akan semak dan lihat sama ada dakwaan tersebut betul atau tidak.
"Biasanya kita asingkan iaitu kes-kes yang positif kita asing daripada kes-kes negatif jadi mungkin ada tanggapan yang negatif itu jadi positif, jadi menggunakan tandas yang sama.
"Jadi, yang itu (berkongsi tandas) hanya dakwaan, kita akan siasat dan akan maklumkan nanti," katanya dalam sidang media harian, di sini pada Rabu.
Beliau berkata demikian sebagai maklum balas terhadap dakwaan terdapat aduan bahawa pesakit yang sudah dua kali disahkan negatif COVID-19 telah berkongsi tandas dengan pesakit positif COVID-19.
Aduan tersebut turut mendakwa bahawa petugas kesihatan memaklumkan ia merupakan SOP biasa dan penularan COVID-19 tidak akan berlaku.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.