ALAMAK! DBKU keluar notis amaran penjaja berniaga di depan rumah. #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak #PDRM #GERAKMALAYSIA #Malaysia #MKN #KKM

ALAMAK! DBKU keluar notis amaran penjaja berniaga di depan rumah. Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) hari ini mengeluarkan notis amaran kepada tiga penjaja di Kampung Samariang Batu di sini selepas didapati berniaga di depan rumah mereka hari ini.

Notis amaran itu dikeluarkan dalam satu operasi pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa Empat yang dijalankan DBKU bersama Polis Diraja Malaysia di kawasan Petra Jaya di sini.

Menurut Ketua Balai Polis Gita, ASP Mohamad Nizam Bujang, larangan untuk berniaga di depan rumah sepanjang bulan Ramadan telah pun dimaklumkan oleh pihak DBKU secara lisan kepada penduduk setempat sebelum ini, namun masih ada penjaja secara sengaja mengingkari arahan terbabit. 

Pada 23 April lepas, kerajaan negeri Sarawak menerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (SDMC) mengeluarkan arahan melarang sebarang bentuk urus niaga melibatkan penjualan makanan sepanjang bulan Ramadan bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19.

-- BERNAMA

Comments

Recent Posts Widget

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers