HATI-HATI! Jangan tergesa-gesa longgarkan PKP, banyak kriteria perlu dipertimbang. #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak #PDRM #GERAKMALAYSIA #Malaysia #MKN #KKM
HATI-HATI! Jangan tergesa-gesa longgarkan PKP, banyak kriteria perlu dipertimbang. Menurut Prof Datuk Awang Bulgiba Awang Mahmud, kelonggaran PKP di zon hijau mesti dilakukan secara berperingkat. - Gambar Universiti Malaya
Kerajaan perlu mempertimbang pelbagai perkara sebelum sebarang garis panduan pelonggaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di zon hijau dikeluarkan.
Presiden Konsortium Akademik Kesihatan Awam Asia-Pasifik Kuala Lumpur, Prof Datuk Awang Bulgiba Awang Mahmud berkata, kelonggaran PKP di zon hijau mesti dilakukan secara berperingkat.
“Kita perlu memantau dahulu sama ada kelonggaran dalam pernigaan yang lain ini akan menyebabkan kes COVID-19 itu bertambah ataupun tidak.
“Jadi apabila tidak ada pertambahan kes, baru kelonggaran lain boleh diberi untuk perniagaan yang lain.
“Ini perlu dilakukan secara berperingkat. Kita tidak seharusnya terburu-buru untuk membenarkan semua perniagaan dibuka pada waktu yang sama atau sekali gus,” tegas beliau ketika dihubungi Astro AWANI.
Menurutnya, beberapa pendekatan boleh diambil seperti proses penyaringan dan menghadkan pergerakan pekerja di zon berlainan.
Namun, ia juga masih perlu diperhalusi sebelum suatu keputusan muktamad dilakukan kerajaan.
"Apabila terdapat zon hijau berdekatan zon merah atau kuning sebagainya, ada pekerja di zon merah yang bekerja di zon hijau.
“Ini mungkin mendatangkan risiko di mana penyakit itu boleh berjangkit dari zon merah ke zon hijau.
“Kalau ini terjadi, kalau nak membolehkan perniagaan tersebut dibuka ada beberapa pilihan.
Antara cadangan yang dikemukan beliau adalah:
Pertama: Saringan dalam kalangan pekerja di zon hijau. Namun, sukar dilakukan secara berulang kali. Tidak bermakna seseorang itu negatif pada hari ini, tidak akan dijangkiti pada minggu hadapan - yang sekali gus memberi risiko kepada individu lain.
Kedua: Mengekalkan pekerja bekerja dari rumah. Premis yang memerlukan pekerja berinteraksi secara langsung dengan pelanggan perlu garis panduan yang lebih terperinci.
Ketiga: Mengurangkan bilangan pekerja pada satu-satu masa. Misalnya ada 10 pekerja, lima pekerja tinggal di zon merah, lima pekerja tinggal di zon hijau. Buat masa ni, kurangkan jam perniagaan, berniaga seperti biasa tetapi kurangkan jam perniagaan untuk pastikan bahawa hanya lima pekerja sahaja.
“Ini beberapa cadangan yg perlu diperhalusi, bukan semestinya ini senang untuk dijalankan, sebelum sesuatu garis panduan itu dikeluarkan dan jenis perniagaan dibenarkan beroperasi di zon hijau seperti biasa,” katanya.
Selain itu, beliau menegaskan penjarakan sosial dan normal baharu kehidupan harian perlu dipertingkat di peringkat komuniti dari semasa ke semasa.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.