SYABAS! KKM, Interpol tumpas aktiviti penjenayah ambil kesempatan jual produk tidak berdaftar. #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak #PDRM #GERAKMALAYSIA #Malaysia #MKN #KKM

SYABAS! KKM, Interpol tumpas aktiviti penjenayah ambil kesempatan jual produk tidak berdaftar. Dr Noor Hisham Abdullah berkata, antara punca peningkatan produk tidak berdaftar adalah permintaan orang ramai terhadap produk perlindungan diri dan kebersihan ketika COVID-19.

SYABAS! KKM, Interpol tumpas aktiviti penjenayah ambil kesempatan jual produk tidak berdaftar. Dr Noor Hisham Abdullah berkata, antara punca peningkatan produk tidak berdaftar adalah permintaan orang ramai terhadap produk perlindungan diri dan kebersihan ketika COVID-19.

Kementerian Kesihatan (KKM) merampas peralatan dan ubat-ubatan tidak berdaftar serta palsu bernilai lebih RM3 juta di negara ini dalam Operasi Pangea XIII yang diselaraskan Polis Antarabangsa (Interpol) di seluruh dunia.

Antara yang disita dalam operasi bermula pada 3 hingga 10 Mac lalu adalah penutup mulut dan hidung, cecair pembasmi kuman yang tidak menepati piawaian, ubat antivirus yang tidak sah dan ubat-ubatan yang berbahaya.

Daripada jumlah itu sebanyak 1,026,857 unit ubat-ubatan tidak berdaftar bernilai RM2.6 juta dirampas ketika pemeriksaan di pintu masuk utama negara yang melibatkan kargo udara, lapangan terbang, pos sempadan dan terminal feri.

Sementara serbuan ke atas 50 buah premis tidak berlesan yang berjalan secara dalam talian, KKM merampas 23,278 produk farmaseutikal yang menyalahi undang-undang, bernilai lebih RM633,000.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, selain itu KKM turut menyekat 707 pautan termasuk laman web, media sosial, tapak pasar secara dalam talian serta iklan dalam talian (e-marketplace) dan daripada jumlah itu, 182 pautan dikesan ada kaitan dengan rawatan COVID-19.

Menurutnya, KKM juga mengeluarkan 556 notifikasi kepada platform e-marketplace supaya mengeluarkan penjualan produk-produk tidak berdaftar atas tujuan yang sama.

Katanya, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula sejak 18 Mac hingga 20 April, KKM juga menerima 38 laporan mengenai ubat dan farmaseutikal yang didakwa berkaitan rawatan untuk COVID-19.

"Antara punca peningkatan ini adalah permintaan orang ramai terhadap produk perlindungan diri dan kebersihan.

"Wabak COVID-19 telah memberikan peluang penjenayah mengambil kesempatan berdasarkan permintaan yang tinggi ke atas produk-produk ini," katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu.
Operasi Pangea XIII itu turut disertai polis dari 90 negara selain Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), Pos Malaysia Bhd, pihak kurier dan paltform e-marketplace.

Selain produk farmaseutikal, Dr Noor Hisham berkata, KKM turut merampas beberapa peranti digital seperti komputer dan telefon pintar yang digunakan sebagai medium untuk memasarkan produk berkenaan.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, sepanjang operasi ini, sebanyak 853 bungkusan pos telah diperiksa dan daripada jumlah itu 79 bungkusan yang mengandungi produk farmaseutikal, kebanyakannya produk kosmetik dirampas.

Berbanding tahun lalu, beliau menjelaskan, rampasan antivirus yang tidak sah di dunia pada kali ini menunjukkan peningkatan kira-kira 18 peratus sementara rampasan hydroxychloroquine dan chloroquine yang tidak dibenarkan, yang dikaitkan dengan jangkitan COVID-19 juga menyaksikan peningkatan 100 peratus.

Dalam operasi Operasi Pangea XIII yang dilakukan serentak itu, secara keseluruhan, Interpol merampas produk perbuatan yang dijual secara haram seperti penutup mulut dan hidung, cecair pembasmi kuman yang tidak menepati piawaian dan ubat antivirus yang tidak sah yang bernilai lebih AS$14 juta (RM61 juta) di seluruh dunia.

Pada masa yang sama, Dr Noor Hisham memberitahu, Interpol juga berjaya mengesan 37 kumpulan penjenayah terancang dengan 2,000 pautan secara dalam talian berkaitan COVID-19.
Operasi Pangea XIII ini merupakan penyertaan Malaysia yang kali kelapan semenjak operasi itu dimulakan.

Operasi ini memberi tumpuan kepada laman sesawang dan media sosial yang menawarkan ubat-ubatan yang berbahaya termasuk peranti perubatan dan merupakan tindakan penguatkuasaan berasaskan Internet yang terbesar seumpamanya diadakan di seluruh dunia.

Pada tahun ini, tumpuan diberikan terhadap penjualan ubat-ubatan dan peranti perubatan yang disalahgunakan bagi tujuan rawatan COVID-19.


Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers