TERKINI! COVID-19 KKM pertimbang semak jadual petugas barisan hadapan, HKL dibebaskan sementara waktu. #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak #PDRM #GERAKMALAYSIA #Malaysia #MKN #KKM

TERKINI! COVID-19 KKM pertimbang semak jadual petugas barisan hadapan, HKL dibebaskan sementara waktu. Dr Noor Hisham berkata, langkah tersebut diambil bagi mengurangkan tekanan kepada petugas barisan hadapan.

TERKINI! COVID-19 KKM pertimbang semak jadual petugas barisan hadapan, HKL dibebaskan sementara waktu. Dr Noor Hisham berkata, langkah tersebut diambil bagi mengurangkan tekanan kepada petugas barisan hadapan.

Kementerian Kesihatan (KKM) akan membebaskan Hospital Kuala Lumpur (HKL) daripada rawatan kes COVID-19 buat sementara waktu dalam usaha mengurangkan tekanan kepada petugas barisan hadapan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pesakit yang bergejala ringan akan dipindahkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Risiko Rendah di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).

Katanya, pesakit kategori empat dan lima pula akan dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh.

Katanya, KKM juga mempertimbangkan untuk menyemak semula jadual kakitangan kesihatan.

“Sekarang ini kita lihat penggunaan Unit Rawatan Rapi (ICU) sudah pun berkurangan dan pesakit-pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan pun turut berkurang.

“Jadi, mungkin ada masa untuk kakitangan kita berehat dan kita juga akan lihat kepada jadual kakitangan tersebut.

“Kita ada hospital sementara di MAEPS dan sekarang ini kita akan pindahkan pesakit-pesakit dari HKL ke MAEPS. Kita akan bebaskan HKL buat sementara, jadi mereka boleh fokus kepada aktiviti lain,” katanya dalam sidang media harian, di sini pada Rabu.

Beliau juga mengulangi pendirian KKM untuk terus memberikan rawatan kepada semua pesakit dan tidak hanya memberi fokus kepada pesakit COVID-19 sahaja.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata setakat ini terdapat 1,566 jururawat, doktor dan pakar dari hospital swasta yang bertugas dengan KKM untuk meringankan beban anggota kesihatan kementerian tersebut.


Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers