PAC juga mengarahkan Arul Kanda mematuhi arahan itu untuk mengelak prejudis kerana 1MDB sedang disiasat. |
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengarahkan Tony Pua supaya tidak lagi membuat kenyataan mengenai 1MDB kerana syarikat pelaburan milik negara itu sedang disiasat.
Pengerusi PAC, Datuk Hasan Ariffin berkata, arahan itu sejajar dengan Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat yang ditetapkan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
“Saya harap dia (Tony) patuh pada arahan yang ditetapkan oleh Speaker Dewan Rakyat.
“Ini bermakna Tony Pua tidak sepatutnya bercakap dan mengeluarkan kenyataan mengenai 1MDB di luar termasuk ceramah,” katanya dalam sidang media di Parlimen pada Selasa.
Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Rompin itu juga berharap agar pihak eksekutif (kerajaan) juga mematuhi keputusan peraturan mesyuarat berkenaan.
Sebelum ini, Pandikar Amin memutuskan debat itu dibenarkan jika mematuhi dua syarat khusus iaitu Tony Pua harus meletak jawatan sebagai anggota PAC atau Arul Kanda tidak boleh terlibat dalam mana-mana bahagian siasatan PAC.
memacam sekarang.. biasa le takut rahsia terbongkar
ReplyDeletebiasalah akak konspirasi nie berantai-rantai episodenya
Delete