Sekat laman web: Penganjur Bersih 4.0 sedia bertindak

Sekat laman web: Penganjur Bersih 4.0 sedia bertindak
Perkara 10 Perlembagaan menjamin hak kebebasan bersuara
rakyat Malaysia termasuk menyampaikan maklumat.

Penganjur Bersih 4.0 sedia mengambil tindakan undang-undang terhadap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) jika laman sesawang untuk mempromosikan perhimpunan aman itu disekat.

Ahli jawatankuasa penganjur, Nwe Sin Yew berkata, amaran SKMM itu bertentangan dengan hak kebebasan bersuara rakyat Malaysa yang dijamin Perlembagaan mengikut Perkara 10.

Katanya, hak kebebasan bersuara yang dinyatakan Perkara 10 itu termasuk menyampaikan maklumat kepada rakyat.

Dia mengulas amaran SKMM yang sedia menyekat laman sesawang yang mempromosikan Bersih 4.0 kerana perhimpunan itu boleh mengancam kestabilan negara.

Dalam perkembangan lain, Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah menafikan pihaknya menggunakan wang derma untuk menganjurkan sidang media di hotel.

Katanya, setiap perbelanjaan akan diaudit dan tidak timbul salah guna wang derma RM2 juta yang diterima penganjur.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers