Bayaran 10 sen bagi setiap meter padu hanya perlu dibayar selepas Langat 2 siap beroperasi pada 2019. |
EXCO Kerajaan Selangor, Zaidy Abdul Talib ditegur kerana memberi fakta silap mengenai perjanjian jual beli air antara kerajaan Selangor dan Pahang.
EXCO Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani itu berkata, kerajaan Selangor membayar 10 sen bagi setiap meter padu air yang dipam dari Sungai Semantan ke Sungai Langat.
Buat pertama kali, sebanyak 300 liter air dari Sungai Semantan dipam ke Sungai Langat pada Isnin lalu bagi meningkatkan paras air.
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), Faekah Husin berkata, air yang dipam itu adalah air lebihan daripada pembinaan terowong air.
Katanya, kenyataan Zaidy itu tidak tepat kerana air lebihan itu tidak perlu dibayar oleh kerajaan Selangor.
Faekah menjelaskan, bayaran 10 sen seliter meter padu kepada Kerajaan Pahang hanya perlu dibuat selepas Loji Langat 2 siap pada 2019.
Katanya, persetujuan itu terkandung dalam perjanjian asal yang telah ditandatangani kerajaan Selangor sebelum 2008 dengan kerajaan Pahang menerusi Projek Pemindahan Air Mentah Pahang-Selangor.
“Apa yang dikatakan Zaidy sebenarnya merujuk kepada air berlebihan yang keluar sepanjang pembinaan terowong. Daripada air itu membazir, kerajaan Persekutuan telah mencadangkan terowong khas untuk mengalirkan air itu ke Sungai Langat.
“Ia boleh menambah kapasiti air mentah Sungai Langat, Tiada bayaran yang perlu dan patut dikenakan keatas air yang dialirkan tersebut kerana ia tidak melalui Langat 2 yang hanya beroperasi 2019,” katanya yang dihubungi FMT.
Faekah antara individu yang terlibat secara langsung dalam rundingan penstrukturan semula industri air di Selangor.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.