SKMM akan sekat laman sesawang promosi Bersih 4.0

SKMM akan sekat laman sesawang promosi Bersih 4.0
SKMM menyatakan Bersih 4.0 hanya akan mengancam
keharmonian dan kestabilan negara

Laman sesawang yang mempromosi, menyebarkan maklumat dan menggalakkan orang ramai menyertai perhimpunan aman Bersih 4.0 akan disekat.

Perkara itu ditegaskan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Mutimedia Malaysia (SKMM) yang menganggap Bersih 4.0 boleh mengancam kestabilan negara.

Dalam kenyataan pada Khamis, SKMM memberitahu, langkah menyekat laman sesawang itu juga lanjutan daripada kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung penganjuran Bersih 4.0 baru-baru ini.

KDN menyatakan perhimpunan tersebut didapati bergiat secara tidak sah dan mencetuskan kegelisahan serta membangkitkan kebimbangan orang ramai khususnya rakyat pelbagai kaum, agama dan keturunan di negara ini.

“Bersih 4 juga didapati menyebarkan propaganda untuk menghasut rakyat bagi tujuan negatif terhadap kerajaan dengan mengedarkan risalah-risalah tertentu yang boleh mendatangkan keburukan,” kata SKMM.

Tambah kenyataan itu lagi, pelbagai aktiviti dalam perhimpunan yang akan diadakan itu memberi kesan buruk kepada imej negara.

Jelas SKMM, Bersih 4.0 boleh mengancam dan menggugat ketenteraman awam, keselamatan, kemakmuran ekonomi serta kedaulatan negara selain menjejaskan keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia.

Sehubungan itu, SKMM mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dalam berkongsi maklumat di laman-laman sesawang dan media sosial terutama kandungan yang boleh menyalahi undang-undang.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers