Persatuan beri jaminan matawang asing mencukupi

Persatuan beri jaminan matawang asing mencukupi
Menurut Persatuan Perniagaan Perkhidmatan Wang Malaysia (MAMSB)
bekalan matawang asing mencukupi untuk memenuhi permintaan bermusim seperti musim Haji.

Bekalan mata wang asing biasa mencukupi dalam pasaran bagi memenuhi permintaan semasa.
Jaminan itu diberikan kata Persatuan Perniagaan Perkhidmatan Wang Malaysia (MAMSB).

Katanya, bekalan juga mencukupi untuk memenuhi permintaan bermusim seperti musim Haji.

“Orang ramai dinasihatkan supaya menukar matawang dengan pengurup wang berlesen di Malaysia sebelum ke luar negara,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Menurut persatuan itu lagi, orang ramai yang berdepan kesukaran untuk membeli matawang yang diperlukan boleh menghubungi persatuan di talian 03-7722 5808.

Kini terdapat lebih 350 pengurup wang berlesen di lebih 1,000 cawangan di seluruh Malaysia yang menyediakan perkhidmatan penukaran matawang.
-BERNAMA

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers