Idris dilantik sebagai senator untuk kali kedua selepas dua hari tempoh pelantikannya tamat pada 2009. |
Tempoh maksimum Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala sebagai Senator akan berakhir pada 3 September depan.
Perkara itu disahkan oleh Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang kepada Bernama pada Khamis.
Katanya, mengikut Perlembagaan Persekutuan tempoh maksimum seseorang dilantik menjadi senator hanya dibenarkan untuk dua penggal atau enam tahun.
Idris, Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), unit di bawah Jabatan Perdana Menteri dilantik sebagai senator pada 1 September 2009 dan pada 3 Sept 2009 dilantik semula untuk penggal kedua.
Dengan pelantikannya sebagai senator, Idris anak kelahiran Bario, Sarawak dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri hingga ke hari ini.
Idris, lulusan Sarjana Muda Sains Sosial (Kepujian), Pengajian Pembangunan/Pengurusan), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Sarjana Perhubungan Perindustrian, Warwick University, United Kingdom, memulakan kerjaya sebagai Pegawai Perhubungan Perindustrian Shell pada 1987, sebelum dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Shell Malaysia Ltd (Gas & Power) pada 2003.
Sebelum dilantik sebagai senator, beliau merupakan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.