Dua Gadis M2 Seronok Dapat Mutiara Rafflesia

Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Dua, Gadis, M2, Seronok, Dapat, Mutiara Rafflesia
Sara, Nur Sarah Marie Hildebrand Asyraf Hildebrand dan She, Siti Nursyahira Nabila Mohd Jamil

Dua Gadis M2 Seronok Dapat Mutiara Rafflesia


KUALA LUMPUR, 16 OGOS 2013: Dua pemenang pertandingan pencarian selebriti Gadis M2, Sara dan She teruja apabila impian mereka untuk bergaya mewah dengan perhiasan mutiara jenama Rafflesia, akhirnya telah menjadi kenyataan.

Mereka telah dihadiahkan dengan barangan perhiasan diri mutiara putih laut selatan selepas kejayaan mereka menerusi program realiti Gadis M2 yang telahpun berakhir Julai lalu.

Sara atau nama penuhnya Nur Sarah Marie Hildebrand Asyraf Hildebrand,23 yang merupakan juara pertandingan berkenaan telah menerima kalungan rantai, subang dan gelang tangan mutiara daripada Rafflesia bernilai RM30,000.

Manakala pemenang tempat kedua Gadis M2, She atau nama sebenarnya Siti Nursyahira Nabila Mohd Jamil,24 telah memenangi kalungan rantai mutiara putih Rafflesia bernilai RM20,000.

Majlis penyampaian hadiah sumbangan Rafflesia Pearl Centre itu telah diadakan di butik jenama perhiasan itu sendiri di Hotel Park Royal, di sini petang semalam.

Acara telah disempurnakan sendiri oleh pengasas Rafflesia, Winnie Sin dan turut disaksikan Penerbit Eksekutif I Like Entertaiment Sdn Bhd, Qaseh Anita Abd Shukor.

Ditanya portal murai.com.my tentang perasaannya memenangi hadiah mewah berkenaan, Sarah berkata sebagai seorang wanita, mutiara merupakan perhiasan yang digemarinya sejak dari kecil lagi.

"Ketika saya kecil dulu, saya pernah di bawa ke gerai menjual mutiara semasa berkunjung ke Disney World dan sejak itu saya mula jatuh cinta dengan keindahan mutiara.

"Tak sangka pula sekarang saya telah dihadiahkan dengan set mutiara bernilai RM30,000 ini. Apa yang pasti saya akan menggayakannya mengikut kesesuaian acara dan pakaian," katanya yang akan meraikan ulang tahun kelahirannya pada Ahad ini.

Selain set mutiara Rafflesia, gadis kacukan Melayu dan Amerika Syarikat itu turut menerima kontrak bernilai RM100,000 daripada Astro, biasiswa kecantikan bernilai RM20,000 daripada Snips, sepuluh lembaran fesyen di majalah InTrend dan tidak ketinggalan percutian ke Paris.

Sementara itu Qaseh Anita berkata, pihaknya telah merencakan beberapa projek untuk kedua-dua pemenang Gadis M2 berkenaan sebagai satu usaha mengembangkan bakat mereka dalam bidang hiburan tanah air.

"InsyaAllah, selepas Sarah pulang daripada bercuti di Paris, dia akan terbabit dengan penggambaran drama bersiri. Di mana dia akan memegang watak pelakon pembantu dan kita harap dia akan menyinar.

"Malah She telah pun menghadiri bengkel pengacaraan anjuran Dato Aznil baru-baru ini kerana minatnya yang cukup mendalam dalam bidang pengacaraan. Kita lihat saja sama ada dia akan terus diserapkan dalam kelas anjuran Dato' Aznil itu nanti," katanya.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers