Galaksi Raya Ubati Rindu Reza Kepada Propaganza

Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Galaksi Raya, Ubati, Rindu, Reza, Kepada, Propaganza
Reza Mohamed

Galaksi Raya Ubati Rindu Reza Kepada Propaganza


KUALA LUMPUR, 13 OGOS 2013: Rindu pengacara berbakat besar, Reza Mohamed, 35, untuk mengacarakan program gosip dan hiburan popular, Propaganza akhirnya terubat apabila dia diundang sebagai pengacara jemputan untuk satu lagi program hiburan, Galaksi Raya terbitan TV9 pada Syawal kedua yang lalu.

Bercakap kepada portal murai.com.my, penyampai radio Suria FM itu berkata dia sangat terharu apabila diundang oleh pihak Galaksi Raya untuk bergandingan dengan dua lagi pengacara rancangan itu iaitu Kiah Propa dan Amyza Aznan.

" Ini merupakan kali pertama saya bekerjasama dengan produksi Galaksi, tapi bukan pertama kali dengan program terbitan Media Prima. Malah, ini juga bukanlah pertama kali saya bekerjasama dengan Kiah Propa atau Kak Rock kerana saya telah mengenalinya sejak sekian lama," katanya yang cukup seronok mengendalikan program berkenaan bersama-sama dengan Kiah Propa dan Amyza Aznan.

Selain Propaganza dan Galaksi Raya, anak kelahiran Sibu, Sarawak itu pernah mendukung peranan sebagai pengacara utama untuk program Kata Kau, Kelab Pop, Diari AF7 Ekstra dan Pilih Kasih untuk musim pertama hingga ketiga.

Tambah Reza Mohamed lagi, program Galaksi Raya memberi peluang kepadanya untuk bercerita mengenai perkembangan dunia hiburan dan gosip artis terkini yang dirakamkan di dalam satu kereta, di mana dia memegang peranan sebagai Abang Seman Bling Bling.

Meskipun hanya bertindak sebagai pengacara jemputan, kata Reza Mohamed peluang itu digunakan sebaik mungkin bagi membuktikan kewibawaannya sebagai seorang pengacara yang berkebolehan.

Jelas Reza Mohamed lagi, tidak adacbanyak bezanya antara program Galaksi Raya dengan Propaganza yang pernah diacarakan tidak lama dulu.

Bagaimanapun kata Reza Mohamed, memandangkan ianya sebuah program hiburan yang diterbitkan untuk hari raya, maka mood serta pendekatan yang digunakan ternyata sangat berbeza.

"Tak banyak bezanya dengan Propaganza, cuma proses rakaman Galaksi Raya sangat cepat. Saya hanya berpandukan point yang diberikan dan selebihnya ianya mengikut kreativiti kami untuk menjadikannya lebih menarik.

"Saya sangat bersyukur dengan tawaran ini. InsyaAllah, jika dikurniakan rezeki Tuhan, mana tahu akanada lebih banyak tawaran pengacaraan yang datang kepada saya," katanya.

Selebriti berbintang Virgo itu, bakal mempersembahkan dua teater dan sebuah pementasan tari dari Patung Studio yang diterbitkan syarikat pengurusan acara miliknya sendiri, RezakeyMGT tidak lama lagi.

Selepas lebih enam tahun berkhidmat denga stesen radio Era FM, suara Reza Mohamed kini semakin diminati di corong radio Suria FM.

Bagi mereka merindui celoteh bintang Akademi Fantasia 3 itu, boleh mendengarkan Suria FM menerusi slot Ceria Suria dari hari Isnin hingga Jumaat pada jam 10 pagi hingga 1 tengah hari dan tidak ketinggalan segmen Suria Baik Bangat pada hari Ahad, jam 10 pagi hingga 1 petang.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers