Atilia Kongsi Lagu Bob Marley Dengan Arwah Bekas Suami

Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Atilia, Kongsi, Lagu, Bob Marley, Dengan, Arwah, Bekas, Suami


Atilia Kongsi Lagu Bob Marley Dengan Arwah Bekas Suami


KUALA LUMPUR, 12 OGOS 2013: Sehari sebelum menjelangnya Syawal, penyanyi Atilia Haron telah dikejutkan dengan berita sedih pemergian Allahyarham bekas suaminya, Ariff Johan Abdul Jalil yang menghidap kanser hati.

Berita sedih itu telah diratapi keluarga Atilia sendiri termasuk ibu tersayang iaitu penyanyi evergreen Salamiah Hassan yang telah sama-sama menghadiri upacara pengkebumian Allayarham pada Rabu lalu.

Dihubungi sendiri portal murai.com.my, Atilia berkata sudah pasti dia merasakan kehilangan yang ketara kerana masing-masing merupakan teman karib walaupun memilih untuk tidak hidup sebagai pasangan suami isteri.

"Saya memang berasa sedih kerana kami merupakan kawan baik. Apatah lagi saya masih rapat dengan keluarganya.

"Kehilangannya amat dirasai kerana Allahyarham pergi selepas 4 bulan kami diberi tahu tentang penyakit yang dialaminya," katanya.

Sepanjang hayatnya, Allahyarham Ariff Johan pernah menyertai program Sehati Berdansa terbitan Astro bersama Atilia.

Ketika itu, mereka masih lagi suami isteri. Pasangan ini bercerai pada awal 2009 selepas 10 tahun melayari bahtera rumahtangga.

Jenazah arwah telah dikebumikan di tanah perkuburan orang-orang Islam di Bukit Kiara pada 7 Ogos lalu.

Kata Atilia, aalaupun sukar untuknya berkongsi lebih lanjut berkenaan kehilangan tersebut kerana beranggapan ianya sesuatu yang amat menyakitkan untuk diingati, namun dia percaya dengan rahmat atas pemergian bekas suaminya itu.

Malah sebulan lalu, mereka sempat merakamkan gambar bersama-sama dan telah dikongsikan di laman Instagram penyanyi berkenan sebagai lambang kenang-kenangan.

"Sebenarnya saya agak keberatan untuk bercerita tentang hal ini buat masa sekarang. Tapi apa yang pasti hubungan kami sangat baik.

"Apatah lagi, saya masih menyimpan IPod miliknya dan ianya memberikan peluang untuk saya mendengar lagu-lagu kesukaannya setiap hari," katanya.

Atilia menambah, muzik nyanyian Bob Marley merupakan melodi yang sering menjadi kegemaran Allahyarham suaminya itu dan dirinya.

Oleh yang demikian Atilia akan sering mendengar lagu daripada lagenda muzik global berkenaan sebagai lambang kasih dan sayang mereka berdua.

Semoga roh Allahyarham Ariff Johan Abdul Jalil di tempatkan pada orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers