Tamu Yok Sahur Ramadan 2013

Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Tamu Yok Sahur Ramadan 2013


Tamu Yok Sahur Ramadan 2013


KUALA LUMPUR, 6 OGOS 2013: Majlis amal Tamu Yok Sahur Ramadan 2013 anjuran Pertubuhan Kebajikan Insaniah Srikandi (Srikandi Malaysia) dengan kerjasama portal Murai telah berlangsung dengan jayanya di sekitar Jalan Masjid India pada 27 Julai lalu.

Pelbagai aktiviti yang dianjurkan untuk 80 orang anak yatim bersama selebriti-selebriti yang hadir seperti Amy Search, Fauziah Latiff, Awi Rafael, Amber Chia, Sazzy Falak, Forteen, Kieran, Amir Jahari, Asmidar, Siti Nordiana, Arja Lee, Fabulous Cat, Amylea, Roman dan ramai lagi.

Menerusi sesi pertama persembahan, artis yang mengadakan persembahan nyanyian adalah Awi Rafael, Amran Ismail , Hazami dan Amir Jahari. Selepas itu, disululi dengan permaianan yang melibatkan artis dan anak-anak yatim.

Tidak cukup dengan itu, bagi sesi kedua persembahan yang diadakan kira-kira jam 2.30 pagi pula, tetamu dan anak-anak yatim akan dihiburkan dengan beberapa persembahan daripada artis sperti kumpulan Forteen, Roman, Amylea dan Arja Lee.

Anak-anak yatim bukan sahaja dihiburkan dengan persembahan, malah permainan yang cukup mengujakan yang melibatkan artis-artis yang hadir sama. Antara permainan yang diadakan adalah menari tarian Gangnam Style, Stailista ala-ala Lady Gaga dan pertandingan makan cup cakes.

Selain menerima sumbangan duit raya, anak-anak yatim ini turut menerima sumbangan cenderahati berbentuk kelengkapan sekolah serta barangan keperluan harian lain sumbangan pihak penaja dan tetamu yang hadir pada malam tersebut.

Kejutan turut diberikan kepada salah seorang selebriti yang hadir iaitu Amy Search di mana dia akan menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 55 pada 28 Julai ini.

Majlis akan turut diserikan dengan kehadiran Timbalan Menteri Kewangan, YB Datuk Haji Ahmad Bin Haji Maslan yang akan `turun padang` untuk beramah mesra bersama peniaga-peniaga di sekitar Jalan Masjid India ini.

Ingin melihat gelagat selebriti dan anak-anak yatim dan apa yang berlaku sepanjang majlis Tamu Yok Sahur Ramadan 2013? Saksikan liputan video eksklusif Murai bersama pengacara, Ieka di bawah ini.


Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers