Berita Majlis Tunang Rozita Che Wan Adalah Palsu

Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Berita, Majlis Tunang Rozita Che Wan, Adalah, Palsu
Rozita Che Wan (Che Ta)

Berita Majlis Tunang Rozita Che Wan Adalah Palsu


KUALA LUMPUR, 12 OGOS 2013: Syawal ketiga yang lalu, kecoh sana-sini mengatakan pelakon sensasi Rozita Che Wan (Che Ta) telah mengadakan majlis pertunangan bersama aktor Zain Saidin di kediaman keluarga aktres berkenaan di Alor Setar, Kedah.

Ianya berikutan apabila ada pihak yang telah menyebarkan berita palsu berkenaan majlis berkenaan di laman Instagram, sedangkan majlis yang dimaksudkan adalah majlis rumah terbuka hari raya keluarga Che Ta.

Pihak pengurusan Che Ta iaitu Afeeq Iqnarcio berkata, ramai yang tersalah anggap berkenaan majlis itu selepas tersebarnya gambar-gambar di laman Instagram seorang peminat baru-baru ini.

Kata Afeeq, memang tidak dinafikan pada majlis rumah terbuka itu Zain Saidin turut datang dengan pakaian serba hijau sedondon dengan Che Ta, semata-mata bagi memenuhi warna tema acara berkenaan.

"Sebenarnya saya juga agak pelik apabila ramai pihak media yang bertanyakan tentang majlis berkenaan. Sedangkan setahu saya, itu adalah majlis rumah terbuka yang dianjurkan oleh keluarga Che Ta di Alor Setar.

"Kehadiran Zain Saidin ke sana hanyalah sebagai memenuhi undangan Che Ta dan oleh kerana itu jugalah ramai pihak yang tersalah faham dengn menganggap itu adalah majlis pertunangan mereka berdua. Tidak sama sekali.

"Harus saya nyatakan di sini, pihak pengurusan Che Ta akan memaklumkan majlis hari bahagia dia bersama Zain dan tentunya pihak media serta peminat sama sekali tidak akan dilupakan,"kata Afeeq sebagai menjawab spekulasi yang timbul.

Tambah Afeeq lagi, pihak Che Ta telah memilih untuk tidak mengadakan sebarang majlis pertunangan sebaliknya akan dilaksanakan terus dengan sebuah majlis pernikahan serta resepsi khusus buat peminat tersayang.

Jelas pihak pengurusan Che Ta itu lagi, pihaknya sangat sedih apabila berita tidak benar seperti itu tersebar dengan cepat sehingga mewujudkan spekulasi yang dapat menjatuhkan air muka kedua-dua belah keluarga pasangan bercinta itu.

"Acara rumah terbuka adalah salah satu acara yang sering dilaksanakan Che Ta sekeluarga. Tak sangka pula ada individu yang telah memberikan informasi berbeza di laman sosial.

"Bagaimanapun menjadi tanggungjawab kami untuk menjelaskan apa yang kurang tepat," katanya yang memberi tahu Che Ta akan tampil sebagai penyampai anugerah pada majlis Anugerah Lawak Warna pada 16 Ogos ini.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers