Vanida Imran Dan Suami, Rashidi Ishak serta anak-anak |
Vanidah Imran dan Rashidi Ishak Cuma Beraya Di KL
KUALA LUMPUR, 12 OGOS 2013: Dalam pada ramai orang berpusu-pusu pulang ke kampung halaman meraikan lebaran, pasangan selebriti bahagia, Vanidah Imran dan Rashidi Ishak nampaknya tidak payah terlalu kalut untuk berbuat demikian.
Ini kerana, Syawal tahun ini hanya diraikan di ibu negara bersama-sama keluarganya dan mertua yang kebetulan memilih untuk meraikan di kota metropolitan.
Dihubungi portal murai.com.my, Vanidah Imran berkata, ini adalah kali pertama dia sekeluarga berhari raya di ibu negara, memandangkan keluarga sebelah suaminya di Ipoh, Perak telah memutuskan untuk berkumpul di kediaman keluarga aktres berkenaan di sini.
"Selalunya kami akan pulang berhari raya ke kampung halaman suami saya di Ipoh. Tetapi entah mengapa, tahun ini mereka memilih untuk berhari raya di sini pula.
"Bagi saya, ianya satu kelainan. Tapi agak pelik juga sebab suasana balik kampung tidak akan kami rasai tahun ini. Sebaliknya saya akan berhadapan dengan suasana biasa masyarakat bandar di sini," katanya yang akan berkumpul di kediaman keluarganya di Taman Manluri.
Kata Vanidah lagi, pelbagai agenda direncanakan oleh keluarga sebelah suaminya itu sepanjang meraikan lebaran di ibu kota, antaranya memilih untuk menonton wayang bersama-sama.
Katanya, meskipun sambutan hari raya tahun ini agak ganjil, bagaimanapun dia tetap bersyukur kerana masih berpeluang meraikannya dengan keluarganya dan mertuanya pada hari raya pertama.
"Memamg kalau nak ikutkan kemeriahannya tak terasa atau tak sama sebagaimana kami pulang ke kampung di Ipoh. Tetapi apabila semua keluarga akan berhimpun, saya pasti kenikmatannya akan dirasai juga.
"Selain berhari raya bersama keluarga saya di Taman Manluri dan saudara di Taman Dagang, saya juga akan ke Kelang.InsyaAllah.
"Kami sekeluarga tidak akan ke mana-mana tahun ini, tambahan pula anak lelaki saya akan mula dengan kelas tambahannya sebagai persiapan untuk menduduki UPSR tahun ini. Jadi ini sajalah cara kami meraikan hari raya tahun ini," katanya bersyukur.
Menyedari dia sekeluarga merupakan seorang yang ringkas apabila membuat persiapan hari raya, kata Vanidah Imran, tahun ini cukup istimewa kerana berpeluang menggayakan pakaian baru bersama seisi keluarga.
Seboleh-bolehnya, dia mahu mengelak daripada melakukan sebarang pembaziran setiap kali tibanya Syawal dan oleh kerana itu dua tahun lalu mereka sekeluarga tidak pernah menyediakan persalinan baju Melayu atau kurung yang baru.
"Memang cara kami sekeluarga macam itu. Kami tidaklah beriya-iya berganti itu dan ini apabila tibanya Syawal. Apa yang elok dan masih boleh dipakai, kami pakai saja.
"Ini kerana, kami tak mahu membazir. Tambahan pula pakaian baju Melayu dan kurung hanya di pakai bila tibanya raya, selepas itu tidak lagi. Jadi kami berjimat untuk memakai pakaian yang sama saja.
"Cuma tahun ini, anak saya telah meminta untuk mengganti baju Melayu yang baru, jadi kami sekeluarga memutuskan untuk mengganti baju raya bersama-sama," katanya merendah diri.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.