Bekas Suami Atilia Meninggal Dunia Akibat Kanser Hati

Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Bekas, Suami, Atilia, Meninggal Dunia, Akibat, Kanser Hati
Atilia

Bekas Suami Atilia Meninggal Dunia Akibat Kanser Hati


KUALA LUMPUR, 7 OGOS 2013: Bekas suami penyanyi Atilia, Ariff Johan Abdul Jalil telah pun menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Universiti, Petaling Jaya, kira-kira jam 12 tengah malam tadi.

Ariff Johan meninggal dunia pada usia 42 tahun akibat penyakit kanser hati. Kematian Ariff Johan telah disahkan sendiri oleh penyanyi evergreen, Salamiah Hassan yang juga adalah bekas ibu mertuanya.


Kata Salamiah Hassan kepada portal Murai, walaupun Ariff Johan dan Atilia sudah lama berpisah, namun pemergian Ariff Johan benar-benar menyedihkan buat dia sekeluarga.

"Waktu saya melawat dia di hospital sebelum kematian dia, dia masih ingat saya lagi. Sedih sekali, dia pergi pada usia yang muda dan saya pasti ibunya adalah orang yang paling sedih sekali di atas kematiannya itu," katanya.

Jelas Salamiah Hassan lagi, sebelum disahkan menghidap penyakit kanser hati, Ariff Johan sendiri tidak menyedari tentang penyakit itu, namun dia seringkali tidak berselera untuk makan.

"Bapa dia ingat dia mahu diet. Tapi, bila dia buat medical check up, barulah dia dapat tahu dia menghidap penyakit kanser hati dan ianya sudah pun berada di tahap yang keempat.

"Tak sangkakan? Buat semua, hargailah orang-orang yang menyayangi kita terutama yang mereka yang rapat dan sentiasa berada di sekeliling kita. Hidup ini terlalu pendek dan kita tidak akan tahu bila masa kita akan pergi," katanya lagi.

Sepanjang hayatnya, arwah Ariff Johan pernah menyertai program Sehati Berdansa terbitan Astro bersama Atilia. Ketika itu, mereka masih lagi suami isteri. Pasangan ini bercerai pada awal 2009 selepas 10 tahun melayari bahtera rumahtangga.

Jenazah arwah akan dikebumikan di tanah perkuburan orang-orang Islam di Bukit Kiara selepas Zuhur nanti.

iskandarX: Takziah buat Atilia sekeluarga beserta keluarga Ariff Johan di atas pemergian arwah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin...

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers