YA1M Bantu Yazid Search Yang Terlantar Di Hospital

Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, YA1M, Bantu, Yazid Search, Yang, Terlantar, Di, Hospital
Yazid Search

YA1M Bantu Yazid Search Yang Terlantar Di Hospital


KUALA LUMPUR, 14 OGOS 2013: Anggota kumpulan Search, Yazid atau nama sebenarnya Yazit Ahmad, 51, kini terlantar di wad Urologi dan Nefrologi, Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak Sabtu lalu setelah mengadu penat dan sukar bernafas ketika pulang berhari raya di kampung halamanya di Johor Bahru.

Pemain drum yang juga pengasas kumpulan rock tersohor Search itu, telah menerima kunjungan daripada Presiden Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M) iaitu Datuk DJ Dave.

Maklumat mengenai penyakit yang menimpa Yazid itu telah disampaikan oleh Pengurus Besar Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Ahmad Abdullah.

Karyawan yang bertindak sebagai perantara bagi kunjungan tersebut, berharap agar orang ramai dapat mendoakan kesihatan Yazid yang kini telah kehilangan kedua-dua buah pinggangnya sejak beberapa tahun lalu.

"Saya mewakili Datuk Freddie Fernandez dan Karyawan khususnya terpanggil untuk memberi tahu perkara ini agar dapat membantu pihak Yazid.

"Ianya sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung pemain drum terkenal daripada kumpulan rock Search ini.

"Sudah tentunya tanggungjawab Karyawan dalam berhadapan perkara ini apabila Yazid sendiri telah menghubungi saya Ahad lepas selepas dimasukkan ke wad kerana masalah buah pinggang.

"Diharapkan kunjungan pihak Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M) dapat mengurangkan kesakitan Yazid yang sekian lama menderita penyakit ini,"ujar Ahmad Abdullah ketika ditemui di Hospital Kuala Lumpur, tengahari tadi.

Kunjungan yang turut menghulurkan bantuan berupa sumbangan wang tunai itu telah disampaikan sendiri oleh Datuk DJ Dave kepada Yazid yang turut diziarahi teman seperjuangan seperti Nash daripada Lefthanded, Mas Omar, Aznan Ismail dan rakan pemuzik lain.

Difahamkan Yazid telah dibawa oleh ahli keluarganya ke klinik setelah mengadu sakit sebelum diminta merujuk di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu.

Akibat tiada kekosongan di Johor Bharu, Yazid telah diminta ke Hospital Kluang, bagaimanapun berdepan dengan situasi yang sama sebelum mengambil keputusan untuk terus ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi mendapatkan rawatan segera.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers