Neelofa Raya Di Kedah dengan Lemak Kampung Santan

Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Neelofa, Raya, Di, Kedah, dengan, Lemak Kampung Santan
Noor Neelofa

Neelofa Raya Di Kedah dengan Lemak Kampung Santan


KL 13 OGOS 2013: Semenjak mengenal erti Syawal, anak kelahiran Cik Siti Wan Kembang, Noor Neelofa Mohd Noor tidak pernah meraikan perayaan terbesar umat Islam tersebut di luar daripada tanah tumpah darahnya, Kelantan.

Peredaran masa dan juga kitaran hidup manusia sekaligus mengajak Neelofa mengambil peluang yang tiba setahun sekali ini dengan menyambut pagi hening 1 Syawal di lokasi lain buat pertama kali dalam hidup pengacara ini iaitu di Alor Star, Kedah Darul Aman.

Negeri yang mendapat jolokan jelapang padi ini merupakan kampung kelahiran daddy Neelofa dan menurut pelakon yang pernah menuntut di sebuah boarding school di negeri itu, keputusan ini dibuat berikutan ramai adik beradiknya yang kini telah berumah tangga dan tidak pulang beraya di Kelantan seperti tahun-tahun sebelumnya.

"Seingat saya, sebelum ini saya tidak pernah merayakan Aidilfitri luar daripada Kelantan. Rasa teruja juga beraya di tempat lain dan semua family telah sebulat suara memilih untuk pulang berhari raya di Alor Star iaitu kampung daddy saya.

"Adik beradik yang berkahwin semua pulang beraya di rumah mertua jadi family saya memilih untuk menukar lokasi dan membawa yang masih bujang seperti saya pulang berhari raya di Alor Star. Teruja juga untuk merasakan sendiri kesyahduan pagi raya di tempat lain,"ceritanya yang telah pulang ke Alor Star dua hari sebelum menjelangnya Syawal.

Persiapan Syawal juga hanya ala kadar buat jelitawan Dewi Remaja itu.

"Persiapan saya sederhana sahaja, baju kurung kain kapas untuk memudahkan pergerakan dan sesuai dengan cuaca yang sangat panas sekarang. Ada beberapa pasang dan saya ada menempah sepasang baju raya untuk pagi Syawal dan itu daripada Syaiful Baharim," katanya.

Neelofa juga turut melakar satu lagi catatan dalam perjalananan karier sebagai pelakon pada 8 Ogos lalu.

"8 Ogos bukan sahaja merupakan tarikh semua umat Islam menyambut Aidilfitri. Ia juga tarikh buat filem Lemak Kampung Santan ditayangkan di pawagam seluruh negara. Cakap pasal perasaan, sukar untuk digambarkan kerana rasa macam teruja untuk mengetahui sambutan penonton filem tempatan terhadap filem itu.

"Dalam masa yang sama takut juga kerana biasalah tidak semua yang kita buat orang suka. Tetapi saya boleh jamin Lemak Kampung Santan menampilkan jalan cerita dan penyampaian yang berbeza daripada filem-filem yang sering dibuat di negara ini.

"Diharapkan Syawal kali ini rezeki saya terutamanya untuk Lemak Kampung Santan dipermudahkan oleh Allah SWT, amin,"ucap Neelofa mengakhiri perbualan.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers