Usai Aidilfitri Izara Aishah Terbang Ke Eropah, New York

Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Usai, Aidilfitri, Izara Aishah, Terbang, Ke, Eropah, New York
Izara Aishah


Usai Aidilfitri Izara Aishah Terbang Ke Eropah, New York


KL, 13 OGOS 2013: Biarpun Syawal masih lagi terasa kemeriahannya, namun bagi Izara Aishah, cuti sempena Aidilfitri pada tahun ini boleh dikira sebagai waktu rehat baginya untuk melapangkan diri bersama keluarga sebelum kembali bekerja sehingga hujung tahun tanpa henti.

Walaupun jadualnya yang padat sehingga tahun hadapan, siapa menyangka rupanya anak gadis ini sudah sekian lama menguruskan jadualnya dengan sendiri tanpa bantuan daripada pengurus yang khas. Ini kerana Izara lebih selesa mengatur perjalanan kariernya sendiri tanpa campurtangan orang lain.

Bercerita mengenai cuti Aidilfitri serta persiapannya sebelum menjelangnya sambutan terbesar bagi orang Islam di negara kita ini, Izara menceritakan bahawa Syawalnya tidaklah semeriah yang disangkakan. Dia memilih untuk bersederhana dan memanfaatkan cutinya yang sekejap ini dengan berehat sambil beraya ke rumah saudara mara.

"Raya tahun ini Izara pulang ke kampung di Johor. Persiapan Izara berhari raya pun simple sahaja dan tiada apa yang sangat istimewa. Baju raya pun Izara beli ketika malam raya, itupun baju yang dah siap. Tiada menempah di mana-mana butik atau pereka fesyen.

"Masa inilah Izara nak berehat dalam masa yang sama nak berjumpa saudara-mara yang jarang berpeluang untuk berjumpa. Lepas raya Izara akan sibuk sampailah hujung tahun ini,"cerita gadis kacukan yang gemar menyanyi lagu Hindi ini.

Menurut Izara, selepas berhari raya, sekitar awal September depan dia akan berlepas ke sebuah lokasi di benua Eropah untuk memenuhi permintaan sebuah majalah yang ingin memotretkan wajah jelitanya itu menjadi penghias kulit majalah berkenaan.

"Kalau tiada aral melintang, Izara akan berlepas ke sebuah kota di Eropah yang popular dengan fesyen dan cinta untuk merakamkan gambar bagi kulit muka hadapan sebuah majalah terkenal. Majalah apa terpaksa dirahsiakan dahulu dan peminat kena nantikan.

"Selepas pulang daripada Eropah, Izara kena bersiap untuk menjelajah kota New York bagi penggambaran untuk sambungan Oh My English yang akan menjalani penggambaran disana. Memang teruja dapat peluang keemasan sebegini kerana dapat bekerja sambil melancong ke tempat orang.

"Tetapi memang tidak dapat dinafikan, walaupun berjalan kesana-sini ia tetap memenatkan dan Izara cuba untuk memanfaatkan cuti-cuti yang Izara ada seperti cuti hari raya ini,"ujarnya yang gembira untuk terbang ke luar negara namun masih tetap memikirkan penat yang terpaksa dilaluinya nanti.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers