Tengku Irfan Meriahkan Anniversari Konsert MPO Ke-15

Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Tengku Irfan, Meriahkan, Anniversari, Konsert MPO Ke-15


Tengku Irfan Meriahkan Anniversari Konsert MPO Ke-15


KUALA LUMPUR, 16 OGOS 2013: Orkestra Filharmonik Malaysia (Malaysian Philharmonic Orchestra - MPO) melangkah penuh gaya untuk sambutan musim konsert 2013/2014 dengan sebuah Konsert Gala yang bakal berlangsung di Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP), KLCC pada esok hari bersamaan 17 Ogos 2013, bermula jam 8.30 malam.

Konsert ini diadakan bersempena meraikan ulangtahun ke- 15 tahun MPO; konsert MPO yang pertama telah berlangsung pada 17 Ogos 1998 disaksikan oleh Penaung MPO, YABhg. Tun Dr Siti Hasmah Haji Ali dan YABhg. Tun Dr Mahathir Mohamad.

Untuk konsert kali ini, MPO di bawah pimpinan Pengarah Muzik Claus Peter Flo bakal mengimbau detik bersejarah itu melalui sebuah kolaborasi dengan pemain piano tempatan Tengku Ahmad Irfan.

Ini merupakan gandingan mereka buat kali keempat setelah berkolaborasi untuk Konsert Gala pada tahun2009 dan 2011, dan sebuah konsert pada Januari 2011.

Apa yang membuatkan konsert ini lebih istimewa ialah Irfan bakal mempersembahkan komposisi beliau yang dicipta khas untuk konsert ini berjudul Sahibul Hikayat Fantasy Overture.

Karya ini menyerlahkan beberapa elemen muzik tradisional Melayu bagi mencetuskan suasana fantasi dan misteri. Beliau juga bakal mempamerkan bakatnya yang hebat melalui karya ciptaan Prokofiev berjudul Concerto for Piano No.2, salah sebuah simfoni yang paling sukar dalam repertoire piano.

MPO juga bakal mempersembahkan karya-karya seperti We Are One (ciptaan Dato' Mokhzani Ismail) dan Rosenkavalier Waltzes (ciptaan Strauss), sekaligus menghangatkan lagi keraian malam itu nanti.

Berusia 15 tahun, Tengku Ahmad Irfan mula belajar bermain piano pada usia 7 tahun. Antara kolaborasinya yang hebat ialah bersama konduktor Neeme Järvi (di Estonia), konduktor Darius Mikulski dan Thailand Philharmonic Orchestra (di Bangkok), dan pemain piano Yoheved Kaplinsky di Aspen Music Festival pada tahun 2012.

Beliau telah memenangi ASCAP Morton Gould Young Composers Award dan Charlotte Bergen Award pada tahun 2012 untuk karya ciptaannya String Quartet No.1.

Beliau juga telah memenangi tempat pertama di Prokofiev Piano Concerto No.2 Competition di Aspen Music Festival 2013. Karya beliau baru sahaja dipersembahkan oleh New York Philharmonic. Kini, beliau sedang menuntut dalam bidang khusus 'piano and composition', dan juga 'conducting' di Juilliard Pre-College, New York.

Saksikan muzik ekstravaganza ini apabila MPO meraikan kedatangan musim konsert terbaru, hanya di DFP! Konsert pada hari esok diadakan khusus untuk tetamu jemputan sahaja. Untuk tontonan awan, anda boleh membeli tiket dan menyaksikannya di DFP pada hari Ahad (18 Ogos 2013), bermula jam 3.00 petang.


Harga Tiket adalah RM250 (premium),RM180 (A Reserve), RM130 (B Resever) dan RM90 (C Reserve). Tiket boleh dibeli di Box Office pada
hari Selasa ke Sabtu (jam 10.30 pagi - 6.30 petang dan 9.00 malam pada hari persembahan) serta pada Ahad (12.00 tengahari ke waktu persembahan).

Tempahan boleh dibuat menerusi talian: 03-2051 7007, Fax: 03-2051 7077 atau emel: dfp_boxoffice@petronas.com.my. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman Web MPO/DFP: www.mpo.com.my.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers