Tak Mahu Komen Cerai Rita, Aidil Serah Pada Mahkamah

Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Tak, Mahu, Komen, Cerai, Rita, Aidil, Serah, Pada, Mahkamah
Aidil Zafuan Abdul Radzak

Tak Mahu Komen Cerai Rita, Aidil Serah Pada Mahkamah


KUALA LUMPUR, 5 OGOS 2013: Pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abdul Radzak, 26, tidak mahu mengulas lanjut mengenai perceraiannya bersama dramatis, Rita Rudaini, 36, semalam.

Sebaliknya Aidil memberitahu Utusan Online sebentar tadi dia meminta semua supaya semua pihak menunggu saja mengenai lafaz cerai perbicaraan kesnya di mahkamah kelak.

"Saya tidak akan kata 'ya' atau 'tidak' sekarang ini. Tunggu saja di mahkamah nanti.

"Lagi pun, dia (Rita Rudaini) adalah ibu kepada anak-anak saya. Jika ada apa-apa yang berlaku antara kami, lebih elok jika diselesaikan di mahkamah nanti," kata Aidil kepada Utusan Online.

Aidil dikatakan memilih enggan mengulas mengenai cerita mengenai perceraiannya sebagai menghormati Ramadan dan Syawal yang akan menjelang.

Pasangan ini dikurniakan dua anak lelaki, Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna, 2, semenjak bernikah di Thailand pada Februari 2008. Aidil dikatakan telah melafazkan talak satu terhadap Rita melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) lewat malam tadi setelah berlaku perang SMS antara mereka.

Perang SMS antara mereka dikatakan bermula ekoran berita tentang kemesraan lelaki itu dengan seorang wanita bernama Zarema Zainal telah disiarkan melalui akhbar sebelum ini.Isu rumah tangga pasangan selebriti ini berlangsung hampir dua tahun, semenjak Aidil memilih untuk keluar dari rumah kelamin mereka pada hujung 2011.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers