Dira Abu Zahar Buat Tahlil Malam Raya Ketiga

Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Dira Abu Zahar, Buat, Tahlil, Malam Raya Ketiga
Dira Abu Zahar

Dira Abu Zahar Buat Tahlil Malam Raya Ketiga


KUALA LUMPUR, 11 OGOS 2013: Pemergian bapa tercinta Dato' Seri Hj Abu Zahar Ithnin adalah kehilangan yang amat besar kepada aktres dan bakal pengarah, Dira Abu Zahar, apabila tokoh politik ternama yang juga bekas Ketua Menteri Melaka ke-8 itu menghembuskan nafas terakhir pada 12 Julai lalu di usia 74 tahun.

Menurut Dira atau nama sebenarnya Khaidirah Abu Zahar itu memberitahu bahawa Syawal kali ini memang sangat berbeza daripada tahun-tahun sebelum ini. Kemeriahan kala menjelang Syawal yang selama ini menjadi kewajipan keluarga terus hilang apabila bapanya telah dijemput oleh Allah SWT.

Menggantikan sambutan Aidilfitri bagi keluarga Dira tahun ini adalah majlis tahlil yang telah pun diadakan pada malam Syawal ketiga yang akan diadakan di kediaman keluarga Dira di Merlimau Melaka.

"Tahun ini Syawal saya dan keluarga tidak seperti selalu. Tiada kemeriahan kerana tiadanya lagi insan yang bernama ayah. Kehilangannya tiada ganti dan kami memilih untuk mengadakan majlis tahlil selepas pemergiannya pada 12 Julai lalu.

"Percaya atau tidak, meriahnya sambutan raya keluarga saya memang sama sepertimana yang sering digambarkan di kaca televisyen atau iklan-iklan, begitulah meriahnya keluarga saya. Kami akan memasak dodol, bakar lemang dan segala macam benda akan dibuat pada malam raya.

"Tetapi orang yang menjadi penggerak dan ketua keluarga telah tiada jadi kami sekeluarga memutuskan untuk mengadakan bacaan doa dan tahlil pada malam raya ketiga ini,"jawab Dira apabila ditanya mengenai Syawalnya tahun ini tanpa ayah tersayang.

Anak bongsu kepada tokoh politik Melaka ini mengakui bahawa dia seorang yang mendahulukan keluarga (family-oriented) cukup terpukul diatas kehilangan ini. Tiada sebarang persiapan raya buat Dira pada tahun ini,cuma sedikit untuk anak Anggun Deandra.

Isteri kepada pengarah Bikers Kental, Helmi Yusof ini juga memberitahu bahawa dia tidak dibebani giliran untuk berhari raya kerana keluarga mertuanya tinggal tidak jauh di negeri bersebelahan iaitu di Negeri Sembilan.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers