Hwajing Tawar Pakej Cuti Mesra Muslim Star Cruises

Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Hwajing, Tawar, Pakej Cuti, Mesra Muslim Star Cruises


Hwajing Tawar Pakej Cuti Mesra Muslim Star Cruises


KUALA LUMPUR, 15 OGOS 2013: Melancong dan bercuti merupakan dua perkara yang sebenarnya mempunyai pengertian yang berbeza walaupun pengalaman yang diraih mungkin sama atau mungkin juga tidak.

Tetapi bukan dua maksud ini yang ingin dikupaskan di Murai, portal hiburan dan gaya hidup versatil ini mahu berkongsi pengalaman melalui editor Murai yang telah mengikuti sebuah percutian yang mungkin jarang-jarang diceritakan kepada pembaca-pembaca sekalian.

Percutian diatas kapal persiaran mewah masih boleh dikatakan perkara yang asing buat sesetengah golongan diatas sebab-sebab tertentu. Kaum Melayu khususnya masih lagi menyimpan stigma dan persepsi mengenai status pelbagai aspek terutama sekali dari segi kebersihan dan penyediaan makanan.

Pelbagai pendekatan telah diambil oleh sebuah agensi pelancongan, Hwajing Travel & Tours Sdn Bhd yang juga agen jualan utama percutian mewah ini dengan memperkenalkan pelbagai pakej serta jaminan status halal khususnya bagi menarik pelanggan dari kalangan orang Islam untuk sama-sama menikmati percutian yang amat mengujakan ini.

Bercakap bagi pihak Hwajing Travel & Tours Sdn Bhd, Pengarah Urusan En Kenny Cheong Ken Lee menyeru semua masyarakat dan khususnya yang beragama Islam supaya tidak lagi takut atau meragui kebersihan serta status halal makanan yang tersedia di dalam Superstar Libra.

Khas buat komuniti yang beragama Islam mereka telah berjaya mendapat sijil Halal daripada Jabatan Agama Islam Pulau Pinang termasuklah untuk restoran makanan Melayu yang baru dibuka di dek 10 iaitu Spices.

"Lebih daripada separuh penduduk Malaysia terdiri daripada mereka yang beragama Islam. Kami di Hwajing amat peka dengan ketelitian pelanggan beragama Islam dimana makanan haruslah disediakan mengikut piawaian yang betul. Kini di atas Superstar Libra, satu-satunya kapal persiaran yang mempunyai restoran 100% Halal iaitu Spices yang menyajikan makanan Melayu.

"Pada hari ini juga saya mewakili Hwajing ingin menjemput para media serta tetamu istimewa iaitu juara Masterchef musim pertama, Dr Ezani Farhana untuk mengadakan sesi 'food tasting' di restoran Spices ini.

"Kini, kepada mereka yang ragu-ragu tentang status Halal makanan yang disajikan di atas Superstar Libra, Jabatan Agama Islam Pulau Pinang telah memberikan kami surat rasmi mengatakan Spices diiktiraf 100% Halal dan satu-satunya yang ada di rantau ini,"ujarnya mengenai Spices yang menawarkan masakan Melayu tradisi serta peranakan.

Turut menyertai sesi memperkenalkan restoran halal pertama di atas kapal perssiaran mewah tersebut iaitu Dr Ezani daripada program realiti Masterchef Malaysia yang mengetuai sesi food tasting tersebut.

"Tidak pernah terbayangkan saya akan berada di dalam Superstar Libra ini tanpa kesudian Hwajing menjemput saya bersama. Memang benar jika dikatakan komuniti Islam tidak tahu mengenai apa yang ada di dalam kapal mewah ini.

"Saya juga tidak sangka bahawa mereka tetap menjaga sensitiviti komuniti Islam dan sentiasa mahu terus mengajak komuniti ini bercuti di atas kapal mewah ini.

"Saya juga ingin syorkan kepada semua pembaca Murai untuk mencuba percutian baru ini kerana ia lebih rileks dan pelbagai aktiviti dapat dilakukan serta anda dibawa ke dua destinasi menarik iaitu Krabi dan Phuket,"ujar Dr Ezani Farhana yang nyata teruja menyertai pelayaran istimewa itu dan dia ditemani pengurus serta ibu yang juga pertama kali bercuti dengan kapal persiaran mewah.

Peluang menghabiskan masa 4 hari 3 malam berlayar bersama Superstar Libra, kapal persiaran mewah milik Star Cruises/ Norwegian Cruise Line yang merupakan pengendali kapal persiaran ketiga terbesar di dunia satu pengalaman baru. Kapal setinggi 10 tingkat atau dek ini dengan gah membelah Laut Andaman daripada Swettenham Port, Pulau Pinang ke destinasi peranginan tersohor di Negara Thai iaitu Krabi dan Phuket.

iskandarX: Orang Islam bukan takut makanan tidak bersih atau bahan tidak halal akan tetapi tukang masak serta penyedia makanan tu orang Islam kah? Itu sahaja.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers