Teks oleh Kheme Rosly
khemerosly@yahoo.com
Foto Kredit Nic Chung, Calven, TJ dan MizzNina Production
KUALA LUMPUR, 20 MEI 2013: Perjalanan karier seni Shazrina Azman atau lebih dikenali dengan nama Mizz Nina, 32, telah berjaya dirangkumkan di dalam sebuah konsert Mizz Nina Around The World yang telah berlangsung di KL Live, Life Centre, Kuala Lumpur pada malam Sabtu lepas.
Pada malam itu Mizz Nina telah membawa penonton yang hadir melihat perjalanan kariernya dalam dunia muzik yang bermula sejak 1996 itu. Tidak ketinggalan mood fesyen yang menjadi salah satu perkara yang dititik beratkan oleh penyanyi ini setiap kali kemunculannya di khalayak mahupun acara konsert seumpamanya.
Kira-kira jam 9.10 minit malam, Mizz Nina muncul di atas pentas dengan persalinan edgy serba hitam yang mempunyai elemen futuristik rekaan pereka dari Thailand, Wonder Atonomie. Lengkap dengan gerak tari yang menjadi signature Mizz Nina,What U Waiting For, Just Do It dan Hit Me Up menjadi lagu pembukaan konsertnya itu, dia telah menerima sorakan paling gemuruh daripada peminatnya.
With You menjadi lagu ketiga dan terakhir bagi set itu dan Mizz Nina telah ditransformasi dengan sarungan skit flare kembang sebelum meninggalkan pentas dan diambil alih oleh penari dengan tarian hip-hop yang bertenaga.
Pentas kembali hangat apabila tiga orang pemuzik juga penyanyi handalan, Altimet, DJ Fuzz dan Taufiq yang merupakan rakan lama Mizz Nina ketika menjadi rapper untuk The Tarik Crew. Mendendangkan lagu Doo It!, segmen ini dilihat sebagai mengenang kembali bagaimana anak kelahiran Kuala Lumpur ini mula menceburkan diri dalam dunia muzik.
Perkenalan diantara Mizz Nina dan Noh yang bermula melalui lagu yang dicipta oleh Noh iaitu Kurnia turut membawa penonton melihat bahawa muzik juga telah menyatukan dua hati ini. Sebaik sahaja tamat menyampaikan lagu Kurnia, Noh telah memberi kucupan kepada isterinya itu.
Selepas beberapa pilihan lagu berbahasa Melayu menggamatkan Life Centre, saat yang dinantikan oleh semua penonton iaitu kemunculan Jay Park yang menjadi penyanyi undangan untuk konsert Mizz Nina tersebut.
Sorakan telah memenuhi sekalian ruangan di pentas sebaik Jay Park muncul disisi Mizz Nina mendendangkan lagu hit duet mereka Around The World. Sebaik memberikan ucapan, Mizz Nina memberi ruang buat Jay Park menghiburkan para penonton yang hadir dengan lagu Girlfriend dan Joah. Seperti biasa peminat K-Pop yang tegar, mereka berteriakan apabila Jay Park membuat beberapa gerak tari yang menjadi trademark rapper dari Korea itu.
Mizz Nina kembali semula ke pentas dan menutup konsertnya yang julung-julung kali diadakan itu dengan lagu Take Over. Dia turut menyatakan perasaannya yang gembira apabila impiannya telah tercapai untuk mengadakan konsert setelah lama bergiat aktif dalam dunia muzik hingga ke peringkat antarabangsa.
Konsert ini telah disempurnakan dengan pembabitan beberapa individu seperti Raja Malek sebagai pengarah kreatif, penataan gaya oleh Wee Chee dan solekan oleh Khir Khalid. Selain daripada Wonder Anatomie, Mizz Nina turut menggayakan seleksi daripada Marni dan juga rekaan pereka, Micheal Ong.
Penggunaan visual dan paparan yang berkualiti tinggi turut menyumbang kepada kejayaan konsert ini. Tarian yang menjadi salah satu elemen menarik pada malam itu telah menggunakan khidmat 25 orang penari keseluruhannya di bawah penyeliaan Marcus Tucker.
Antara selebriti yang dilihat hadir pada malam itu adalah Dafi, Awi Rafael, Hanez Suraya, Dato` Sheila Majid serta Dayang Nurfaizah. Ahli keluarga turut hadir memberi sokongan iaitu bapanya, Tan Sri Azman Hashim serta ibunya YM Tunku Arishah.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.