Konsert Sang Pencinta Datuk M. Nasir ditunda


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Konsert Sang PencipTa M. Nasir, Ditunda, M.Nasir, Sang Pencinta, Istana Budaya, OSK

KUALA LUMPUR: Dijadualkan berlangsung pada awal Jun konsert ‘Sang Pencinta’ Datuk M. Nasir dipinda ke tarikh baru.

Menyifatkan demam pilihanraya masih belum reda tarikh konsert dianjakkan pada penghujung bulan.

Konsert yang bakal berlangsung di Istana Budaya itu sepatutnya diadakan pada 7, 8 dan 9 Jun.

Bagaimanapun, tarikh baru dipinda ke 28, 29 dan 30 Jun kerana jualan tiket menerima kesan ekoran pilihan raya.

Bagi pihak produksi pindaan tarikh itu bukanlah sesuatu yang membawa kesukaran.

Datuk M. Nasir bakal diiringi Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) dan Orkestra Tradisional Malaysia (OTM).

Tiket-tiket dijual dengan harga serendah RM65.

Berita mula diterbitkan pada: Mei 15, 2013 11:22 (MYT)

Tag: Datuk M.Nasir, Sang Pencinta, Istana Budaya, OSK

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers